Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat pemula teknologi SG ambil alih bank Indonesia

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat pemula teknologi baru tempatan, atau startup, Sea Ltd, yang telah menjadi syarikat paling berharga Asia Tenggara, telah membeli Bank Kesejahteraan Ekonomi di Indonesia, menurut satu sumber yang rapat.



Sea kini menguasai sepenuhnya bank berpangkalan di Jakarta itu, yang lebih dikenali sebagai Bank BKE, selepas membeli saham yang dipegang oleh pemegang saham Danadipa Artha Indonesia dan Koin Investama Nusantara menerusi anak syarikatnya, Turbo Cash Hong Kong, kata sumber itu yang tidak mahu namanya disiar kerana perkara itu adalah peribadi.



Langkah tersebut telah mempercepat matlamat syarikat itu menjadi peneraju dalam teknologi kewangan dan perkhidmatan di rantau ini, khususnya dalam permainan bimbit dan beli-belah dalam talian, kata laporan agensi.



Sea telah mengumpul hampir AS$3 bilion ($3.98 bilion) dalam satu penawaran saham pada bulan lalu, dengan berkata ia merancang membelanjakan dana itu untuk tujuan peluasan perniagaan.



Wakil Sea dan Bank BKE enggan memberi komen.



Bank BKE memulakan operasi pada 1992 dengan matlamat utama menyokong kebajikan pegawai awam, menurut laman webnya.



Syarikat-syarikat Internet terbesar Asia Tenggara berharap dapat merebut bahagian dalam persada perbankan digital yang semakin berkembang.



Sea mendapat satu lesen untuk membuka bank digital di Singapura pada bulan lalu, sekali gus menyertai bidang yang persaingannya semakin sengit, yang juga melibatkan satu usaha sama antara Grab Holdings dan Singapore Telecommunications.



Bulan lalu, Gojek membayar sekitar AS$160 juta untuk meningkatkan sahamnya dalam Bank Jago kepada 22.16 peratus, menjadikan ia pelaburan terbesarnya dalam perkhidmatan kewangan sejauh ini, tambah laporan itu.



Gojek, yang disokong oleh Facebook dan PayPal Holdings, bermatlamat membolehkan pengguna membuka akaun bank bersama Jago dan kemudian menguruskan kewangan mereka menerusi aplikasinya.



E-dompetnya, GoPay, yang menawarkan khidmat kewangan digital kepada peniaga dan pemandu, bersaing dengan e-dompet Sea, ShopeePay serta Ovo, yang disokong oleh Grab dan Tokopedia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >