Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SYARIKAT PEMULA USAHAWAN MELAYU TARIK MINAT PENYEDIA MODAL (VC)

Usahawan SG tubuh firma pemula ketiga bagi e-dagang dan logistik

Raih modal permulaan sebanyak $1.49 juta
Oct 30, 2021 | 05:30 AM



USAHAWAN setempat Syed Ali Ridha Madihid baru-baru ini menubuhkan syarikat pemulanya (start-up) yang ketiga dalam bidang e-dagang dan logistik.



Ditubuhkan bersama rakan niaga Encik Wong Yingming pada Julai lalu, syarikat tersebut, Luwjistik, menyediakan huraian bagi firma logistik untuk meningkatkan operasi mereka demi memanfaatkan peluang dalam sektor e-dagang yang tumbuh pesat dalam pandemik ini.



Bahkan, syarikat tersebut telah meraih modal permulaan sebanyak $1.49 juta dalam usaha mengumpul dana yang diterajui firma modal usaha niaga dari Indonesia, East Ventures.



"Saya melihat peluang dalam pasaran untuk menyokong syarikat logistik dengan huraian bagi meningkatkan keupayaan operasi mereka dengan cepat dan meraih pertumbuhan komersial meskipun dalam pandemik ini," kata Syed Ali, 39 tahun, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Luwjistik.



Syarikat Luwjistik menyediakan wadah bagi pemain logistik untuk mengakses hampir 30 rakan rangkaian di Asia Tenggara, dan memudahkan pergerakan rentas sempadan dan dalam negeri.



Menggunakan platform Luwjistik, klien boleh dihubungkan dengan mudah kepada rakan pilihan mereka, serta penyedia khidmat di rantau ini termasuk Ninja Van, J&T Express dan JNE Express.



Sebelum ini, Syed Ali pernah menubuhkan firma wadah pemudah e-dagang iCommerce Asia, serta firma teknologi logistik Janio.



Jika dua syarikat itu sebelum ini merupakan 'disruptor' atau pengganggu kepada pasaran, Luwjistik pula akan membantu pemain sedia ada dengan huraian teknologi, kata Syed Ali, yang tidak lagi bersama Janio sejak Mac lalu untuk memberi tumpuan kepada Luwjistik.



Syarikat baru itu akan menggunakan modal yang terkumpul untuk mengembangkan pasukan serantau di Singapura, Indonesia, dan Malaysia.



Menyesuaikan diri dalam pandemik ini, syarikat tersebut mempunyai dasar 'Kerja dari Mana-Mana' yang membolehkannya untuk menubuhkan pasukan yang dianggotai individu dari pelbagai negara.



Sejak ditubuhkan tiga bulan lalu, pasukan itu mempunyai anggota seramai 20 orang dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Vietnam.



Syed Ali sendiri telah berpindah ke Kuala Lumpur pada Mei lalu sedang beliau percaya Malaysia akan menjadi hab logistik bagi rantau ini.



"Saya berharap keputusan untuk berpindah ke sini akan membolehkan Luwjistik untuk mempunyai kehadiran yang kuat di Malaysia dan lebih banyak akses ke pasaran ini.



"Saya percaya Singapura masih pangkalan yang menarik untuk syarikat pemula, khususnya yang mempunyai fokus teknologi seperti fintech, edutech, dan deeptech.



"Tetapi bagi mereka yang memberi tumpuan kepada perniagaan-kepada-pengguna (B2C), kawasan liputan di Singapura masih kecil jadi saya amat galakkan usahawan lain untuk mencari peluang pasaran di luar negara, bermula dengan rantau ini," ujarnya.



Syed Ali mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan sejak 2016 setelah meninggalkan jawatan korporat terakhirnya sebagai pengarah serantau di wadah e-dagang Zalora.



Beliau menyifatkan perjalanannya sebagai seorang usahawan satu "laluan kerohanian yang memerlukan anda kuat secara mental dan fizikal" sedang ia memerlukan perhatian 24 jam.



Namun, penyesalan terbesarnya hingga hari ini adalah apabila beliau tidak dapat berada di sisi ibunya Allahyarham Latifah Alaydrus yang meninggal dunia awal tahun ini akibat barah hati semasa Syed Ali berada di Indonesia kerana tugas di Janio.



Malah, nama syarikat pemula barunya itu. Luwjistik. ialah sebagai satu penghormatan buat ibunya. Sebagai orang Sunda dari Purwakarta, arwah ibunya itu menyebut perkataan 'logistik' sebagai 'luwjistik'.



"Ia satu cara bagi seorang anak untuk mendedikasikan dan memberi penghormatan kepada ibunya menerusi start-upnya," kata Syed Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >