Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Takoyaki dari resipi dalam talian jadi perniagaan keluarga

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



BERMULA sebagai keinginan untuk memasak makanan Jepun ketika beliau mengandung, Cik Suryanie Ismail tidak pernah terfikir beliau dapat membuka sebuah kedai menjual takoyaki.



Sejak mula beroperasi pada 2014 sebagai perniagaan dari rumah (HBB), Yummy Takoyaki kini menjadi jenama yang tidak asing lagi di bazar di Singapura.



Namun, Cik Suryanie berkata beliau sebelum ini tidak pernah mencuba memasak makanan Jepun ataupun mempunyai sebarang minat terhadapnya.



Mempelajari resipi dan cara memasaknya dalam talian, Cik Suryanie berkongsi akhirnya ia menjadi perniagaan keluarga.



"Ketika itu saya masih kerja sepenuh masa dan sebaik saja saya pulang ke rumah saya teringin nak masak takoyaki.



"Selepas saya sediakan masakan takoyaki itu, saya tidak memakannya.



"Selalunya saya akan buat banyak-banyak dan orang lain yang akan makan," seloroh bekas pengurus projek bersekutu itu.



Mengambil hampir sebulan untuk belajar memasaknya, Cik Suryanie, 39 tahun, akhirnya berjaya mencipta takoyaki sempurna yang lembut dan enak.



Takoyaki ialah snek berbentuk bola yang dibuat daripada adunan tepung gandum dan mengandungi inti.



Antara perisa yang popular dalam kalangan pelanggannya termasuk udang, hotdog, sotong, cendawan dan Chuka Idako iaitu sotong yang diperap.



Menyertai sebuah bazar di kawasan Bedok buat pertama kali pada 2015, Cik Suryanie berkata ia telah membawa perniagaannya ke tahap yang baru.



Sejak itu, Yummy Takoyaki pernah berniaga di pelbagai acara dan tempat popular seperti Mak Besar, Bazar di Jalur Budaya Geylang Serai serta Celeb Fest.



Menerima sambutan yang hangat daripada pelanggan, tercetus satu idea membuka sebuah kedai pada 2017 supaya dapat melancarkan proses memasak serta menampung lebih banyak pesanan pelanggan.



Berkongsi lebih lanjut, Cik Suryanie berkata, ini mungkin tidak dapat dilakukan tanpa sokongan dan dorongan keluarganya serta pelanggannya.



"Boleh katakan tanpa dorongan keluarga saya, saya mungkin tidak akan bekerja sepenuh masa menjual takoyaki.



"Apabila kami bermula berkecimpung dalam bazar, kami tidak sangka ia boleh dapat sambutan yang hangat seperti ini.



"Tetapi, apabila bertemu ramai pelanggan, saya mendapat keyakinan bahawa orang ramai memang suka makanan saya dan terdapat permintaan untuk makanan seperti ini di Singapura," katanya.



Melihat senyuman yang terukir pada wajah pelanggannya, ibu seorang anak itu berkata ia amat memuaskan.



Kedai Yummy Takoyaki kini terletak di East Village, berdekatan kawasan Upper Changi Road.



Selain perniagaan itu, Cik Suryanie baru-baru ini memulakan Cuci Mulut by Yummy Takoyaki, gerai makanan baru yang menawarkan kuih-muih tradisional.



Memberi penghormatan kepada ayahnya yang meninggal dunia tahun lalu, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata kedai tersebut menawarkan beberapa kuih kegemaran ayahnya.



"Sebenarnya saya menyewa satu kedai lagi tahun lalu sepelum pemutus litar untuk Yummy Takoyaki di East Village supaya kami dapat berkembang.



"Tetapi selepas bapa saya meninggal Jun tahun lalu, saya tergerak melakukan sesuatu untuk mengingatinya selama-lamanya.



"Ia amat berbeza dengan Yummy Takoyaki tetapi ini adalah penghormatan kepada bapa saya," jelasnya.



Antara kuih-muih yang ditawarkan termasuk nagasari pisang, puteri salat dan kuih jongkong.



Episod sembilan Jaguh Memasak ini akan ditayangkan malam ini di Facebook BH Singapura dan Wisma Geylang Serai pada 8.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >