Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teknologi kewangan kurang beri perhatian bagi keperluan kewangan wanita: Laporan

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



WANITA mewakili pasaran terbesar dan paling pesat berkembang, menguasai lebih 40 peratus harta di dunia atau AS$216 trilion ($292 trilion).



Namun, segmen ini masih belum diberi perhatian dalam industri kewangan, khususnya sektor teknologi kewangan (Fintech).



Ini kerana teknologi kewangan tidak membezakan data yang dikumpulkan berdasarkan jantina, menurut sebuah laporan Pakatan Kewangan Bagi Wanita (FAW).



Berdasarkan laporan, hanya 65 peratus wanita meraih faedah dari khidmat kewangan berbanding 72 peratus bagi kaum lelaki, dan ramai yang tidak puas hati dengan huraian yang sedia ada, mencerminkan bahawa lebih banyak permintaan yang belum dipenuhi bagi menyediakan produk khusus, menurut satu laporan The Business Times (BT).



Menurut ketua teknologi kewangan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Sopnendu Mohanty, Fintech berada dalam kedudukan unik untuk membuat perubahan disebabkan keupayaan mereka mewujudkan huraian yang berkos rendah dan dapat dikekalkan.



Sekitar 90 peratus wanita di dunia bertanggungjawab dalam hal ehwal pembelian dan mereka menguasai perbelanjaan sejagat bernilai AS$43 trilion menjelang akhir tahun lalu.



Terdapat juga anggaran permintaan sebanyak AS$1.7 trilion dalam kalangan peniaga wanita kecil-kecilan di dunia yang memerlukan perkhidmatan itu.



Satu tinjauan berasingan dijalankan FAW menunjukkan hanya 8 peratus anggota institusi kewangannya sedang bekerja sama dengan firma-firma teknologi kewangan bagi menyediakan huraian bagi pasaran wanita.



Satu kajian Jurang Perlindungan dijalankan Persatuan Insurans Hayat (LIA) menunjukkan wanita mempunyai perlindungan insurans lebih rendah berbanding lelaki terutama mereka yang menjadi pengasuh utama anak-anak dan ibu bapa di rumah.



Bank UOB misalnya telah memberikan lebih banyak tumpuan kepada segmen wanita. Misalnya, ia melancarkan Akaun Simpanan Wanita yang memberikan perlindungan insurans bagi beberapa jenis barah, pemeriksaan kesihatan percuma dan bayaran runding cara perubatan lebih rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >