Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tidak takut ambil peluang kembangkan perniagaan di tengah pandemik

Sep 20, 2021 | 05:30 AM



RAMAI yang mungkin memikirkan menjual produk tradisional seperti sate, merupakan satu perniagaan 'penggerai'.



Tetapi apabila Cik Samsiah Suliman dan suaminya, Encik Jefri Jumain mengambil alih perniagaan keluarga, Jumain Sataysfaction sebagai pemilik generasi ketiga, mereka bertekad untuk bersaing di luar zon keselesaan.



Kini, syarikat itu membekalkan produknya ke pelbagai pasaran berbeza seperti pasar raya, hotel dan penyedia khidmat katering di pasaran luar negara seperti Dubai dan Canada.



Walaupun banyak perniagaan kini dihimpit kesan pandemik Covid-19, namun syarikat itu telah merebut peluang untuk meluaskan perniagaan dan bakal berpindah ke ruang kilang lebih besar nanti.



Kejayaan Jumain telah disebut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan sebagai antara contoh peniaga Melayu berjaya berkembang.



Pandemik Covid-19 telah memacu pertumbuhan banyak perniagaan baru, didorong oleh pendigitalan yang dipercepatkan.



Menyaksikan hal ini, Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan berkata walaupun di tengah-tengah pandemik, ramai peniaga tampil ke depan untuk mendapatkan nasihat bagi meluaskan niaga.



"Walaupun di tengah-tengah ramalan perniagaan mencabar, Dewan gembira melihat daya ketahanan dan tekad masyarakat kita sepanjang pandemik.



"Kami telah menerima lebih 100 perniagaan yang tampil untuk mendapatkan nasihat dan bantuan mengenai peluasan niaga, inovasi dan pendigitalan walaupun dalam masa sukar sekarang," ujarnya sambil menambah beberapa inisiatif dilancarkan seperti program 'Executive-In-Residence' dan Pembiayaan Perniagaan.



Encik Farid turut berbesar hati tren positif dalam masyarakat peniaga mendapat perhatian Encik Lee.



"Dengan lebih banyak peluang baru dalam pelbagai sektor bagi beberapa tahun mendatang, kami berharap tren ini akan berterusan dan kami ghairah untuk membantu lebih ramai peniaga."



Bagi Jumain Sataysfaction, demi memenuhi permintaan dan potensi dalam pasaran, ia bakal berpindah ke ruang kilang lebih besar di sekitar Bedok pada November nanti.



Dengan keluasan kira-kira 13,000 kaki persegi - berbanding ruang sekarang yang berukuran 10,000 kaki persegi - ini bermakna syarikat itu mempunyai keupayaan pengeluaran dan pengilangan lebih tinggi, sejajar dengan rancangan mereka untuk meluaskan produk dihasilkan.



Cik Samsiah, 53 tahun berkata firma itu mengambil strategi perniagaan yang berwawasan jauh.



"Bila kita cakap pasal sate, memang ramai bertanggapan bahawa hanya berniaga di tempat-tempat seperti gerai penjaja sahaja.



"Namun wawasan kami berbeza. Pertama, kami tidak mahu bersaing dengan pasaran biasa serta mereka yang berniaga dari rumah dan sebagainya sahaja.



"Kami mahu mendekati pelbagai segmen pasaran di samping memastikan kami meningkatkan mutu dan piawaian kami agar dapat meluaskan perniagaan ke luar negara juga," ujar beliau.



Ini mendorong syarikat itu agar mengambil langkah penting seperti pemerolehan pensijilan halal Majlis Ugama Islam (Muis) dan tanda pilihan Makanan Lebih Sihat yang diperkenalkan pada 2001.



"Kami cuba melihat lebih jauh dalam mengembangkan perniagaan kami - dengan sijil halal Muis, kami dapat mendekati lebih ramai pelanggan mahupun pasaran.



"Kami juga berusaha untuk berinovasi dengan menambah produk baru seperti sate itik dan sate cendawan, yang pada masa itu agak jarang didapati," kata Cik Samsiah.



Apabila ditanya jika beliau menyifatkan dirinya sebagai model usahawan kepada peniaga muda, Cik Samsiah dengan rendah diri berkata bahawa apa sahaja pencapaian atau kejayaan yang dikecapi adalah hasil sikap dirinya yang sentiasa bersedia menimba ilmu.



"Saya mahu pertama sekali, orang lain melihat kami dan sedar bahawa perniagaan produk tradisional boleh menjadi satu perniagaan yang berjaya.



"Anda perlu meneroka, mencuba perkara baru dan faham bahawa kejayaan itu tidak akan dicapai dalam sekelip mata sahaja.



"Apatah lagi, industri makanan bukan satu bidang yang 'glamour' kerana anda sendiri harus menyingsing lengan dan buat kerja sendiri, jika perlu.



"Bagi saya, secara peribadi saya suka belajar perkara baru dan bertanyakan orang lain tentang pengalaman mereka, walaupun sehingga ke hari ini.



"Kita tidak boleh katakan yang setakat di sini sahaja yang kita boleh buat, sebab begitu banyak yang masih kita belajar - banyak trend baru, mesin dan teknologi yang harus ditimbangkan dan cuba diterapkan seberapa boleh," jelas beliau.



Sebuah lagi syarikat yang merupakan contoh inovatif, ialah KloudKitchen - usaha sama dua peniaga, Cik Nana Adam dan Encik Dzulkifli Ahmad.



Syarikat itu yang menyediakan ruang dapur bagi perniagaan dari rumah (HBB) dan perniagaan kecil dan sederhana (SME), bermatlamat untuk bergabung dengan peniaga lain dan membentuk satu masyarakat peniaga yang memanfaatkan wadah tempahan dalam talian.



"Apabila kami mulakan perniagaan ini, inilah salah satu perkara yang kami inginkan - jika kita boleh melangkah ke hadapan bersama-sama.



"Setiap syarikat yang berusaha sendiri mempunyai lebih banyak halangan untuk diatasi. Lebih mudah jika kita bekerjasama dalam kemudahan ini," ujar Encik Dzulkifli.




"Walaupun di tengah-tengah ramalan perniagaan mencabar, Dewan gembira melihat daya ketahanan dan tekad masyarakat kita sepanjang pandemik.



Kami telah menerima lebih 100 perniagaan yang tampil untuk mendapatkan nasihat dan bantuan mengenai peluasan niaga, inovasi dan pendigitalan walaupun dalam masa sukar sekarang,



Dengan lebih banyak peluang baru dalam pelbagai sektor bagi beberapa tahun mendatang, kami berharap tren ini akan berterusan dan kami ghairah untuk membantu lebih ramai peniaga."
- Encik Farid Khan, Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



"Kami cuba melihat lebih jauh dalam mengembangkan perniagaan kami - dengan sijil halal Muis, kami dapat mendekati lebih ramai pelanggan mahupun pasaran.



Kami juga berusaha untuk berinovasi dengan menambah produk baru seperti sate itik dan sate cendawan, yang pada masa itu agak jarang didapati."
- Cik Samsiah Suliman, pemilik generasi ketiga Jumain Sataysfaction.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >