Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trend sertai cabaran dorong pertumbuhan pesat Tik Tok di serata dunia

Aplikasi buatan China kini mempunyai lebih 800 juta pengguna
Jun 17, 2020 | 05:30 AM



JUTAAN penggunaan telah memuat turun applikasi ini. Ada yang menganggap aplikasi buatan China ini mampu memberi saingan kepada aplikasi buatan Amerika sepertu Youtube.



Inilah Tik Tok.



Ia merupakan aplikasi bukan permainan yang paling banyak dimuat turun, di seluruh dunia pada bulan Januari dan Februari tahun ini.



Terdapat lebih daripada 800 juta pengguna di seluruh dunia menurut majalah Forbes. Di China, terdapat 400 juta pengguna - meningkat dua kali ganda dalam satu tahun.



Kira-kira separuh daripada semua pemilik telefon pintar di China menggunakan Tik Tok.



Syarikat asal China, Byte Dance yang memiliki Tik Tok, juga telah bekembang di India di mana mereka mempunyai lebih dari 120 juta pengguna. Asia Tenggara juga merupakan kawasan pertumbuhan Tik Tok.



Menurut pengamat, wadah media sosial itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai kerana ciri video pendeknya serta fungsi penyuntingnya yang membolehkan semua - orang tanpa mempunyai kemahiran merakam video - menerbitkan video hingga ia menular.



Ini didorong trend "cabaran" atau Challenges yang mendorong ramai pengguna untuk menyertai agar dapat berkongsi kreativiti masing-masing sambil membandingkannya dengan pengguna lain.



Penolong Professor, Dr Elmie Nekmat daripada jabatan Perhubungan dan Media Baru, Universiti Nasonal Singapura (NUS) berkata:



"Penggunaan Tik Tok yang meningkat mendadak dalam beberapa bulan ini adalah kerana ia menawarkan satu wadah yang mudah, dan senang digunakan para pengguna untuk meluahkan kreativiti mereka di dalam rumah sendiri.



"Aspek sosial aplikasi itu seperti menampilkan persembahan dengan anggota keluarga atau teman, tidak kira di tempat yang sama atau di pelbagai tempat lain menawarkan satu cara untuk pengguna melestarikan hubungan serta berseronok bersama teman dan keluarga," tulis beliau ketika dihubungi menerusi e-mel.



Ciri muzik yang menarik serta efek video yang luar biasa dalam aplikasi itu turut menyokongi kegiatan itu termasuk kepopularan trend-trend atau tema yang sering digunakan untuk menggabungkan video-video Tik Tok, yang juga semakin meningkat.



"Bagi mereka yang giat menerbitkan video itu, ia membolehkan mereka meluahkan perasaan, serta menilaikan kreativiti, bakat serta ciri mereka tersendiri yang membolehkan mereka meyertai trend atau tema yang sama, namun ditampilkan secara berbeza," jelas Dr Elmie.



Dari sudut penonton pula, trend itu menarik perhatian mereka untuk menonton lebih daripada satu jenis video bertema serupa supaya mereka dapat membandingkan bagaimana setiap individu mengamalkan kreativiti tersendiri.



"Tambahan pula, sebagai penonton, ini memang sesuatu yang menarik dilakukan kerana setiap video di Tik Tok paling lama mengambil kira-kira satu hingga dua minit sahaja



"Format ini memudahkan pengguna melihat setiap video hingga ia tamat sekaligus menarik perhatian mereka dengan pantas dan sekaligus menyumbang kepada 'aliran' kegiatan menonton video itu berturut-turut dengan mendalam," tekan Dr Elmie.



Menyusuli itu, beliau berkata, tanpa disedari pengguna, mereka dapati bahawa mereka telah menonton pelbagai jenis video berkaitan kandungan betema serupa secara automatik.



"Setelah sekitar 10 minit, mungkin pengguna mulai sedar bahawa mereka telah tertarik dengan mendalam, menonton seberapa banyak video secara berturut-turut," tambahnya sambil menerangkan bahawa kegiatan seperti ini memang digemari pengguna ketika mereka rasa bosan.



Dengan itu, Dr Elmie menasihati agar golongan ibu bapa giat berbincang dengan nada yang tidak menekankan larangan terhadap anak mereka yang tertarik dengan aplikasi itu.



"Mengadakan perbincangan berkaitan kandungan video yang dimuat naik dalam Tik Tok bersama anak yang sudah menjadi pengguna aplikasi itu merupakan satu kegiatan yang sangat bermanfaat.



"Ibu bapa juga boleh menonton video di situ bersama anak mereka.



"Yang penting adalah untuk membuka satu saluran perhubungan yang mebolehkan anak membincangkan tentang pengalaman mereka sewaktu mengguna Tik Tok dengan selamat dan secara terbuka."



Dalam pada itu, Dr Elmie menggalakkan agar ibu bapa menyertai perbincangan itu dengan berkongsi berita serta contoh benar berkaitan masalah yang dihadapi pengguna Tik Tok.



"Dengan cara ini, ibu bapa dan anak dapat melibatkan diri dalam perbincangan yang manis serta penuh bermanfaat tentang isu wadah media sosial ini."




“Penggunaan Tik Tok yang meningkat mendadak dalam beberapa bulan ini adalah kerana ia menawarkan satu wadah yang mudah, dan senang digunakan para pengguna untuk meluahkan kreativiti mereka di dalam rumah sendiri. Aspek sosial aplikasi itu seperti menampilkan persembahan dengan anggota keluarga atau teman, tidak kira di tempat yang sama atau di pelbagai tempat lain menawarkan satu cara untuk pengguna melestarikan hubungan serta berseronok bersama teman dan keluarga,”
– Dr Elmie Nekmat, Penolong Professor jabatan Perhubungan dan Media Baru, Universiti Nasonal Singapura (NUS)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >