Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

TV boleh digulung, telefon boleh dilipat

Peralatan fleksibel dijangka jadi trend besar tahun ini
Jan 10, 2019 | 05:30 AM



LAS VEGAS: Skrin elektronik yang boleh dilipat, digulung dan dibengkokkan akhirnya menjadi kenyataan selepas bertahun-tahun dibangunkan, dan firma teknologi menyifatkan teknologi itu sebagai potensi sumber pertumbuhan dan aplikasi baru.



Di Pameran Elektronik Pengguna (CES) awal minggu ini, syarikat gergasi Korea Selatan LG melancarkan televisyen definisi ultra-tinggi yang boleh digulung ke dalam dan keluar daripada pangkalannya, dipaparkan sedikit atau sepenuhnya mengikut kemahuan penggunanya.



"Ia memberi kebebasan ruang tanpa batas dinding," kata wakil presiden kanan pemasaran LG, Encik David VanderWaal, semasa memperkenalkan TV OLED R.



Satu demonstrasi menunjukkan bahawa skrin sebesar 65 inci (165 sentimeter) boleh disimpan sepenuhnya ke dalam pangkalannya, atau sebahagiannya sahaja dikeluarkan bagi memaparkan foto, atau bertindak sebagai skrin kawalan untuk peranti pintar, atau dipaparkan sepenuhnya bagi tontonan penuh.



LG tidak mendedahkan harga bagi televisyen yang boleh digulung itu.



Sebuah syarikat China, Royole, pula mempamerkan apa yang didakwa sebagai telefon bijak pertama yang boleh dilipat - boleh dimasukkan ke dalam poket dan dibentangkan menjadi komputer tablet penuh. Ia boleh didapati di China dan kini ditawarkan di Amerika Syarikat pada harga AS$1,300 ($1,755).



"Orang ramai mahukan mobiliti tetapi mereka juga mahu skrin besar," kata pengasas Royole, Encik Bill Liu, dalam sidang akhbar ketika menunjukkan peranti FlexPai yang dilancarkan baru-baru ini.



"Ia menggabungkan telefon pintar dan tablet," jelasnya.



Pembuat peranti lain dijangka memperkenalkan telefon bimbit yang boleh dilipat tahun ini, tetapi Encik Liu berkata teknologi menggunakan lapisan amat tipis dengan sensor berukuran nano itu menawarkan lebih banyak ciri daripada setakat telefon bimbit mudah.



Royole menunjukkan bagaimana paparan fleksibel yang sama boleh digunakan untuk papan pemuka automotif, dan untuk pelbagai kegunaan komersil dan industri lain.



"Kami melihat ini sebagai generasi lanjut yang menggabungkan manusia-mesin.



"Ia boleh mengubah cara kita berhubung segalanya," kata Encik Liu.



Royole berkata teknologi sensor fleksibel itu boleh disesuaikan untuk pelbagai aplikasi skrin sentuhan dengan prestasi lebih baik dan kos yang lebih rendah daripada skrin tradisional.



Menarik dan dan unik



Royole dan LG adalah antara firma yang membuat pembentangan media menjelang pembukaan rasmi acara di Las Vegas yang berlangsung dari 8-11 Januari.



Kedua-dua pengumuman itu menggambarkan gelombang produk baru daripada firma teknologi tahun ini dan boleh menawarkan percikan baru kepada sektor telefon pintar yang kelihatan mengalami pertumbuhan lembap sepanjang tahun lalu.



CES memaparkan 4,500 peserta pameran di ruang pameran seluas 2.75 juta kaki persegi (250,000 meter persegi) yang mempamerkan kecerdasan buatan, realiti maya, rumah pintar, bandar pintar, alat sukan dan peranti canggih lain.



Seramai 182,000 profesional perdagangan dijangka berkunjung ke pameran itu.



Pengarah Penyelidikan GlobalData, Encik Avi Greengart, berkata televisyen yang boleh digulung itu kelihatan "menarik" dan menawarkan "teknologi unik".



"Telefon yang boleh dilipat akan menjadi trend besar tahun ini," kata beliau.



Encik Greengart menjangka banyak pengumuman produk baru mungkin disimpan bagi Kongres Mudah Alih Dunia yang akan berlangsung di Barcelona.



Samsung misalnya dijangka melancarkan telefon bimbit lipat pada tahun ini, mungkin dalam acara di Barcelona.



Encik Greengart berkata beliau menjangka cabaran bagi telefon pintar yang boleh dilipat lebih bersifat sofwe, bukan paparan, kerana aplikasi perlu direka untuk disesuaikan dengan peralihan daripada telefon ke saiz skrin tablet. - AFP.




"Orang ramai mahukan mobiliti tetapi mereka juga mahu skrin besar... Ia menggabungkan telefon pintar dan tablet... Kami melihat ini sebagai generasi lanjut yang menggabungkan manusia-mesin. Ia boleh mengubah cara kita berhubung segalanya."
- Encik Bill Liu, pengasas firma Royole mengenai telefon pintar FlexPai.



"Telefon yang boleh dilipat akan menjadi trend besar tahun ini."
- Encik Avi Greengart, Pengarah Penyelidikan GlobalData.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >