Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Wakaf janjikan ganjaran besar

Oct 28, 2022 | 07:51 AM



WAKAF merupakan satu daripada amalan sedekah yang sangat dituntut oleh Islam. Sama seperti amalan sedekah yang lain, amalan ini juga dijanjikan ganjaran yang amat besar oleh Allah swt kepada pewakafnya.



Ganjaran ini akan terus mengalir kepada pewakafnya, meskipun setelah si pewakaf meninggal dunia, selagi mana harta yang diwakafkan itu dimanfaatkan oleh orang ramai.



Menurut Imam Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Hanan Farihin Jasmani, wakaf dapat dirumuskan sebagai satu amalan dengan menyerahkan sebahagian harta yang dimiliki untuk dimanfaatkan oleh masyarakat, yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah swt.



WAKAF UNTUK MANFAAT UMAT ISLAM



Ustaz Hanan Farihin, yang juga merupakan Penolong Ketua Penglibatan Masyarakat dan Pembangunan Dakwah di masjid tersebut berkata, amalan wakaf telah diamalkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat sejak sekian lama, setelah ia disyariatkan.



Beliau memberitahu: "Sirah Nabi saw ada menceritakan kisah Sayidina Uthman Ibn 'Affan ra yang pernah mewakafkan telaga, yang disebut sebagai bi'r al-ruumah untuk kegunaan umat Islam waktu itu.



"Telaga tersebut dibelinya daripada seorang Yahudi yang menghalang orang ramai menggunakannya dan mengenakan harga yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengambil air daripadanya.



"Maka, tindakan bijak sayidina Uthman telah mendatangkan manfaat besar kepada umat Islam ketika itu, bahkan ada pendapat menyebut bahawa sebab turun surah al-Fajr, ayat 27-30, selepas berlakunya peristiwa ini."



SAYIDINA UMAR WAKAFKAN TANAH



Dalil pelaksanaan wakaf juga disebut dalam sebuah hadis oleh Ibnu Umar, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.



Daripada Ibnu Umar ra, katanya, Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Kemudian beliau datang menghadap Nabi saw untuk meminta pendapat berkenaan cara menguruskannya.



Katanya: "Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Saya belum pernah memperolehi harta yang lebih baik daripada ini."



Baginda bersabda: "Jika kamu suka, tahanlah tanah itu (wakafkanlah tanah itu) dan kamu sedekahkan manfaatnya."



Lalu, Umar mengeluarkan sedekah daripada hasil tanah itu dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi atau dihadiahkan.



Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba.



Ia juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan untuk tetamu.



Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya - (Hadis Riwayat Muslim).



Ustaz Hanan Farihin juga menyatakan, wakaf pembinaan masjid adalah antara salah satu cara yang paling baik untuk menjana pahala berterusan.



Sesungguhnya, Nabi Muhammad saw telah menyebut tentang kelebihan membina masjid dalam sebuah hadis yang berbunyi:



"Sesiapa yang membina masjid yang dengannya dia menginginkan reda Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga." - (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).



Malah, terdapat sebahagian ayat Al-Quran yang boleh dikaitkan dengan tuntutan membina rumah Allah iaitu:



"Pada rumah-rumah yang diperintahkan oleh Allah supaya ia ditinggikan dan diingati nama Allah di dalamnya - (Surah an-Nur, ayat: 36).



Berdasarkan tafsiran para mujahid, maksud daripada ungkapan (supaya ditinggikan) adalah merujuk kepada membina fizikal masjid.



Begitulah besarnya perintah untuk menjaga rumah Allah swt.



KEMPEN WAKAF BERSAMA AR-RAUDHAH



Masjid Ar-Raudhah telah melancarkan projek wakaf untuk mendapatkan dana bagi projek peningkatan dan naik taraf yang dijangka bermula tahun depan.



Sertai kempen Wakaf Masjid Ar-Raudhah dengan pembelian Wakaf Lot Masjid Ar-Raudhah sebanyak $50 bagi satu lot atau projek Wakaf Al-Quran dengan cetakan terbaru yang bernilai $200.



Orang ramai yang ingin mewakafkan wang tunai juga boleh menyalurkan sumbangan secara online menerusi kempen E-Wakaf Ar-Raudhah.




"Sirah Nabi saw ada menceritakan kisah Sayidina Uthman Ibn 'Affan ra yang pernah mewakafkan telaga, yang disebut sebagai bi'r al-ruumah untuk kegunaan umat Islam waktu itu. Telaga tersebut dibelinya daripada seorang Yahudi yang menghalang orang ramai menggunakannya dan mengenakan harga yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengambil air daripadanya. Maka, tindakan bijak Sayidina Uthman telah mendatangkan manfaat besar kepada umat Islam ketika itu, bahkan ada pendapat menyebut bahawa sebab turun surah al-Fajr, ayat 27-30, selepas berlakunya peristiwa ini."
- Imam Eksekutif yang juga Penolong Ketua Penglibatan Masyarakat dan Pembangunan Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Hanan Farihin Jasmani.




WAKAF DAN DERMA UNTUK MASJID AR-RAUDHAH



Peluang wakaf bersama keluarga



Untuk keterangan lanjut, sila rujuk ke laman https://arraudhahmosque.mimbar.sg/infaq.



Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:



  • PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan "Infak MUP" dalam ruangan rujukan. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp kepada talian 9461-4306.

  • Pemindahan akaun: OCBC Semasa 501-806368-001

  • Cek atas nama: Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah yang beralamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

  • Imbas kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >