Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG pertama terajui jabatan teknologi maklumat IMF

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura, Cik Shirin Abdul Hamid akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat (ITD) di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), menjadikan beliau warga Singapura pertama memegang jawatan itu.



Cik Shirin, 54 tahun, dipilih hasil satu proses pemilihan antarabangsa yang sengit, menurut kenyataan badan antarabangsa yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat, itu.



Beliau akan menjawat jawatan itu mulai 4 Januari depan dan mengambil alih tempat Encik Ed Anderson, yang meninggalkan IMF pada Jun lalu.



Sebelum ini, Cik Shirin merupakan Pengarah Agung dan Ketua Pegawai Maklumat ITD di Bank Pembangunan Asia (ADB) sejak 2016 dan berpangkalan di Manila, Filipina. Di sana, beliau memimpin lebih 600 kakitangan IT.



IMF: Visi strategik Shirin 'kekuatan berharga', akan bantu pertubuhan



Pengalaman Cik Shirin Abdul Hamid yang luas setelah memegang beberapa jawatan penting di institusi sejagat dan perubahan yang diperkenalkannya dalam bidang teknologi maklumat (IT) mendorong Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memilih beliau daripada calon lain.



Mulai 4 Januari depan, Cik Shirin, 54 tahun, akan menjadi ketua pegawai maklumat (CIO) dan pengarah jabatan teknologi maklumat (ITD) di IMF.



Sebelum ini, beliau pengarah agung dan CIO ITD di Bank Pembangunan Asia (ADB) sejak 2016, berpangkalan di Manila, Filipina.



"Shirin mempunyai pengalaman kepimpinan IT luas, setelah memegang banyak jawatan penting di institusi nasional dan sejagat. Beliau seorang yang membawa perubahan, dan mempunyai rekod pencapaian terbukti dalam kempen memodenkan IT dalam pertubuhan antarabangsa besar,'' kata Pengarah Urusan IMF, Cik Kristalina Georgieva, dalam satu kenyataan IMF semalam.



Cik Georgieva menambah pengalaman Cik Shirin yang pelbagai, visi strategik dan bakatnya dalam memimpin pasukan yang besar dan mempunyai berbilang kaum merupakan satu aset bagi IMF.



IMF sebuah badan antarabangsa yang dianggotai 190 negara, yang bekerjasama bagi memupuk kerjasama kewangan sejagat dan memastikan kestabilan kewangan.



Mengulas mengenai pelantikannya, Cik Shirin berkata ia merupakan lanjutan terhadap tugas yang telah dilakukannya hampir dua dekad di ADB dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) di New York di mana beliau menjadi ketua pegawai teknologi.



"IT membawa kesan positif dan membawa perubahan kepada pembangunan dan kehidupan masyarakat dan individu dan saya ingin membawa pengalaman saya ke IMF dan bekerja sama dengan pasukan saya dalam membantu IMF mencapai matlamatnya dalam memodenkan tempat kerja dan amalannya, serta membantu negara anggota memanfaatkan dari inovasi dan teknologi digital,'' kata Cik Shirin, kepada Berita Harian (BH) dari Manila semalam.



Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam sistem perniagaan dan rekaan dari City University of London dan sarjana muda sains komputer Universiti Coventry, England.



Semasa di universiti, ibu dua orang anak itu pernah mengajar IT pada malam hari dan menjadi pemandu jiran, seorang peniaga yang sedang pulih daripada angin ahmar untuk membeli barangannya, demi mencari wang semasa di luar negara.



Ibunya ialah Allahyarhamha Hajah Bibi Mahmood, seorang aktivis masyarakat, dan arwah bapanya Abdul Hamid Abdul Karim berkhidmat bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) sebelum bersara sebagai penolong superintenden.



Adiknya, Encik Zakir Hamid anak Melayu pertama menjadi juruterbang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). Abangnya, Encik Farid Hamid, pernah menjadi pengarah pertama Projek Ekspedisi Belia Yayasan Antarabangsa Singapura, manakala kakaknya, Cik Zabrina Hamid, seorang peguam yang pernah menjadi editor penerbitan guaman antarabangsa LexisNexis.



Dalam satu pos di Facebook sebelum ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, yang pernah bertemu Cik Shirin sewaktu di New York, berkata: "Shirin dan adik-beradiknya berjaya dalam kerjaya mereka. Shirin memberitahu saya bahawa ibu bapa beliau amat memberikan tumpuan dalam melabur dalam pendidikan anak-anak.



"Inilah yang membawa perbezaan, tumpuan yang diberikan ibu bapa terhadap anak-anak, nilai yang ditekankan mereka dan penekanan terhadap pendidikan.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >