Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

5C: Tiba masa kerjaya lebih diidam daripada kereta?

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



ERTI 5C - wang tunai, kereta, kad kredit, kondominium dan keanggotaan country club - mungkin tidak lagi wujud dalam zaman masa kini.



Namun tidak dapat dinafikan bahawa salah satu 'C' yang masih diberi perhatian sesetengah pekerja dewasa pada masa ini adalah kereta.



Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang melambung tinggi serta harga minyak yang tidak menentu, mungkin menyebabkan ramai masyarakat hari ini kurang beri keutamaan kepada impian memiliki kereta.



Yang terkini COE bagi kategori terbuka, mencecah harga rekod tinggi pada $118,001 sewaktu latihan pembidaan terkini yang berakhir pada Rabu.



COE bagi kenderaan komersial juga mencapai harga rekod baru setinggi $87,790, sementara premium bagi kategori lain turut naik, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu.



Harga terkini bagi COE kategori terbuka itu adalah satu peningkatan 12.4 peratus daripada $105,002 yang dicatatkan pada latihan pembidaan terakhir sebelum ini.



Ini bermakna, harga $118,001 itu melangkaui rekod yang ditetapkan pada November 2022 - setinggi $116,577.



Harga minyak yang boleh dianggap agak tinggi juga satu perkara yang perlu diberi pertimbangan.



Akhbar The Straits Times (ST) pada 28 Februari, melaporkan dua daripada lima syarikat utama yang mula naikkan harga minyak lebih seminggu sebelum itu, telah mengekalkan harga mereka di sebalik harga minyak dan borong yang merosot.



Caltex dan Shell - yang merupakan dua syarikat pertama menaikkan harga minyak sejak kebelakangan ini - telah mencatitkan harga minyak lima sen lebih tinggi.



Ini berbanding Esso, Sinopec dan SPC yang masih kekalkan harga sejak sekitar sebulan lalu.



Semasa satu sesi sembang dengan rakan-rakan lama yang sebaya dengan saya, inti perbincangan rata-rata tertumpu kepada hal anak-anak, kesihatan, pekerjaan dan kemampuan.



Salah satu perkara berkaitan kemampuan yang dibincang adalah memiliki kenderaan sendiri pada masa kini.



Timbul soalan seperti berapa lama lagi boleh kita tukar kereta? Sampai bila agaknya harga COE akan kekal tinggi?



Mampukah kami kekal memandu kereta sendiri?



Ini belum lagi kos insurans, cukai jalan raya, dan penyenggaraan yang perlu juga diberi perhatian.



Kami juga sedar bahawa Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF) bagi kereta lebih mahal pula akan dinaikkan dalam tender COE.



Maka topik untuk memiliki kereta mewah langsung tidak dibincang lanjut.



Salah seorang rakan saya telah pun ambil keputusan menjual keretanya dan menggantikannya dengan motosikal sebagai pengangkutan ke tempat kerja.



Seorang lagi sahabat tidak menggantikan keretanya yang telah tamat tempoh COE yang dihantar skrap kerana beralih kepada pengangkutan awam - apatah lagi stesen MRT berada hanya 10 minit berjalan kaki daripada estet perumahannya.



Bagi saya dan beberapa rakan lain, kami kekal bertahan dengan kereta lama - berusia lebih lima tahun - dan memastikan ia diselenggara dengan baik agar dapat digunakan untuk tempoh lebih lama.



Generasi masa kini mungkin tidak menjadikan lima 'C' ini sebagai impian mereka dan mempunyai erti kejayaan yang berbeza dengan golongan zaman lampau.



Mungkin apa yang lebih penting buat generasi masa kini termasuk anak saya sendiri adalah Career atau kerjaya - satu lagi 'C' yang diberi perhatian bila golongan ini tamat pengajian masing-masing.



Itu yang lebih baik.




"Generasi masa kini mungkin tidak menjadikan lima 'C' ini sebagai impian mereka dan mempunyai erti kejayaan yang berbeza dengan golongan zaman lampau. Mungkin apa yang lebih penting buat generasi masa kini termasuk anak saya sendiri adalah Career atau kerjaya - satu lagi 'C' yang diberi perhatian bila golongan ini tamat pengajian masing-masing.
Itu yang lebih baik."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >