Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Penuhi selera baru pelancong

Api Azerbaijan bakar minat pelancong Singapura

Mar 02, 2020 | 05:30 AM



Jauh perjalanan luas pemandangan. Melancong terus menjadi antara kegiatan utama dalam kalangan masyarakat Singapura. Apakah trend melancong bagi tahun ini? #pasaran meninjau pandangan agensi pelancongan.



DIKENALI sebagai Tanah Berapi atau The Land of Fire, Republik Azerbaijan merupakan antara destinasi baru yang menawarkan pengalaman menikmati kehidupan kota kosmopolitan yang dipenuhi penduduk Islam dalam kalangan pelancong Singapura, serta pengalaman melihat alam semula jadi yang unik.



Pada Disember lalu, syarikat pelancongan Al-Qaswa Travel & Tours menawarkan lawatan ke negeri tersebut bagi menghubungkan penduduk Islam di negeri lain bersama pelancong Islam Singapura agar dapat menikmati kehidupan, budaya serta makanan mereka.



"Pada kali pertama saya ke Azerbaijan, saya kagum melihat kota-kotanya, serta kemudahan yang didapati di bandarnya," kata Encik Hassan Othman, pengarah syarikat tersebut.



"Negara itu mempunyai kota-kota yang sangat moden, canggih dan bersih, mungkin lebih bersih dan canggih daripada Singapura dan yang amat menarik perhatian saya adalah, ia merupakan negeri yang dipenuhi penganut agama Islam.



Menurutnya, ramai pelancong Islam Singapura ingin melihat kehidupan saudara Islam di negeri lain.



Namun, selain destinasi yang sering dikunjungi seperti Turkey, Sepanyol dan Maghribi, Republik Azerbaijan merupakan negeri yang menawarkan pengalaman berbeza, malah luar biasa juga.



"Di negeri itu, terdapat ibu kotanya yang bernama Baku, dan anda boleh melihat kota lama Baku yang mempunyai sejarah sejak abad ke-12 atau mungkin abad ke-7.



"Tetapi di kota itu juga, anda boleh melihat sekitaran bandar yang sangat moden - menampilkan pemandangan pencakar langit yang luar biasa," tambahnya merujuk kepada Menara Api atau Flame Towers.



"Anda tahu mengapakah Azerbaijan dikenali sebagai 'The Land of Fire'?" tanya Encik Hassan kepada wartawan sewaktu dihubungi Berita Harian baru-baru ini.



"Negeri itu kaya dengan gas asli hinggakan terdapat satu bukit bernama Yanar Dag, yang bermaksud, 'gunung yang sedang terbakar' terletak dekat dengan kota Baku.



"Di situ, kami dapat melihat api yang sentiasa terbakar di lereng bukit tersebut yang berpunca dari bawah tanah.



"Mengikut musim, apinya sering kecil, namun pada musim salji, apinya berupaya mendadak," katanya.



Encik Hassan mengatakan bahawa pelancong yang dibawanya melawat Azerbaijan itu tidak menjangkakan pengalaman yang luar biasa seperti itu.



Pada masa yang sama, dia juga memberi peluang kepada pelancong menemui penduduk Islam di sana serta menikmati hidangan makanan setempat yang disajikan oleh sebuah keluarga warga negeri itu.



"Oleh sebab kami memberi tumpuan kepada pengalaman berkaitan dengan sejarah dan nilai Islam, mereka dapat melihat pemandangan alam semula jadi yang luar biasa, sambil kagum terhadap pencapaian pengikut Islam di negeri lain seperti yang dilambangkan kota-kota modennya.



"Kedua-dua pengalaman itu menawarkan pengajaran serta pengalaman yang amat bermanfaat bagi pelancong Islam Singapura kerana mereka dapat pelajari lebih tentang kehidupan saudara seagama, serta diberi peringatan tentang keindahan alam semula jadi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >