Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Atur strategi ala bola sepak dalam persediaan bersara

Aug 06, 2023 | 05:32 AM



Sejak langkah pertama mencari rezeki hingga mencapai usia separuh abad, saya sering diingatkan akan pentingnya rancangan awal menabung – agar tidak menjadi seseorang yang meminta-minta di kemudian hari.

Tetapi, matlamat itu lebih mudah dicakap daripada dilakukan dengan kos sara hidup secara keseluruhan yang saban hari telah dan terus meningkat.

Pendapatan bulanan belum tentu dapat menampung kenaikan kos itu. Ramai hanya mampu bertahan atau membatalkan aspirasi yang ingin dicapai.

Kenaikan kos mempunyai hubung kait dengan pelbagai faktor, termasuk isu global seperti perang di Ukraine yang menyebabkan gangguan bekalan.

Sejujurnya, berapa jumlah yang kita dapat menabung setiap bulan?

Saya orang biasa, bukan pakar ekonomi tetapi saya tertarik mendengar analogi seorang pakar ekonomi di radio mengaitkan perancangan baik dalam kewangan individu bagi jangka panjang dengan permainan bola sepak.

Dalam bola sepak ada penyerang, pemain tengah dan pertahanan.

Semasa muda dan baru bekerja, strategi permainan harus bertenaga dengan gunakan empat atau lima ‘penyerang’ , dua pemain tengah dan satu pertahanan.

Semasa muda, kita tidak banyak komitmen, bertenaga dan harus berani gunakan pendapatan umpama pemain penyerang untuk dilaburkan – dalam saham, hartanah, insurans dan seumpamanya.

Sebahagian gaji dan pulangan dividen perlu disimpan untuk pemain tengah yang boleh memberikan semula kepada pemain penyerang bila ada kesempatan yang baik. Pertahanan kita pada awal merupakan wang caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan insurans.

Strategi permainan berubah mengikut tahap usia selanjutnya dengan mengambil kira penyesuaian bagi menyara keperluan asas rumah tangga dan aspirasi atau menanggung orang tua yang tidak berupaya atau anak istimewa.

Apabila sudah berumah tangga, kita wajar semak dan buat renungan.

Tahap itu, pemain penyerang dikurangkan, tumpuan lebih kepada garisan pertengahan – peningkatan diri untuk senantiasa kekal relevan dalam industri yang dapat membantu naik taraf ekonomi keluarga dan dengan itu, sistem pemain pertahanan kita akan bertambah mantap.

Apabila usia mencecah 60-an, misi keperluan keluarga boleh dikira sudah separuh atau sebaiknya sudah terlaksana.

Rancangan kini tertumpu pada tahap akhir bagi persediaan menuju persaraan dengan wang pendapatan masuk yang berkurangan atau bagi sesetengah sudah tiada.

Sekiranya kita mengikut cara analogi permainan bola sepak itu – garisan pertahanan telah bertambah matang dan mantap bagi menghadapi cabaran kos sara di waktu hadapan.

Berapa jumlah yang mencukupi atau angka selesa sara sebulan bergantung pada strategi bijak awal permainan agar kita dapat terus hidup bermaruah dan pergerakan tidak terbatas kerana tidak kecukupan wang.

Angka selesa sara tersebut termasuk unjuran kadar inflasi, kenaikan kos dan masalah kesihatan yang boleh menimpa pada bila-bila saja dalam usia senja.

Hakikatnya, menjaga ekonomi keluarga ini bukan mudah.

Banyak gangguan berlaku sepanjang kehidupan tetapi kita harus cekal dan terus berdisiplin dalam memenuhi matlamat kita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >