Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Belum terlambat lakar azam tingkat pencapaian pendidikan

Feb 28, 2016 | 02:31 PM



 


WALAUPUN kita sudah melangkah ke bulan Februari, hangat tahun baru masih lagi dapat kita rasakan.


Semasa kedatangan tahun baru beberapa minggu yang lalu pasti ramai yang sibuk melakarkan azam tahun baru.


Antara azam yang patut disertakan ialah azam tentang pencapaian pendidikan.


Kita maklum bahawa hanya melalui pendidikan kita dapat memartabatkan masyarakat kita dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan negara.


Sebaiknya, kedua-dua ibu bapa dan pelajar mengambil peluang ini untuk berkongsi sasaran pencapaian pendidikan yang ingin dicapai pada akhir tahun. Pastikan sasaran tersebut bersesesuaian dengan kemampuan kognitif anak-anak.


Bagi setiap mata pelajaran, kenal pasti bahagian-bahagian tertentu yang ingin dibaiki. Dapatkan strategi-strategi berkesan yang boleh membantu dan tetapkan langkah-langkah yang perlu diambil demi melihat peningkatan dari masa ke masa.


Pastikan juga setiap peningkatan pencapaian itu, walau sekecil mana pun, diraikan bersama. Ini akan bertindak sebagai pembakar semangat yang akan mendorong anak-anak lebih gigih berusaha.


Kita pasti tahu bahawa penglibatan keluarga dalam proses pendidikan akan membuahkan hasil yang menakjubkan.


Oleh itu, sewajarnya sebagai ibu bapa, kita harus mengadakan masa untuk mengambil tahu tentang pendidikan anak-anak kita.


Semoga pencapaian-pencapaian kecil yang dikecapi membawa anak-anak kita pada kemenangan besar pada penghujung tahun akademik nanti.


  • Penulis Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >