Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Bersama amal tanggungjawab sosial cegah Covid-19 tular

Jan 07, 2024 | 05:30 AM



Semasa sesi khutbah Jumaat di satu masjid baru-baru ini, seorang jemaah berdekatan saya berkali-kali bersin sedang hidungnya pula berair.

Jemaah muda itu tidak memakai pelitup muka, sedang jemaah dalam sesi solat Jumaat itu duduk rapat-rapat. Ada beberapa jemaah kelihatan rasa kurang selesa, termasuk saya.

Ini memandangkan sekarang musim demam selesema dengan kesnya meningkat. Begitu juga dengan kes Covid-19 yang juga mencapai angka jangkitan yang tinggi.

Langkah berjaga-jaga Covid-19 yang lebih satu dua tahun lalu kita amalkan untuk mencegah penularan wabak virus itu kian dilupakan.

Ramai jemaah masjid tidak lagi memakai pelitup dan hanya segelintir jemaah membawa sejadah sendiri.

Ini memandangkan prosedur operasi standard (SOP) untuk ke masjid seperti memakai pelitup dan membawa sejadah sendiri tidak lagi diwajibkan.

Tiada masalah jika jemaah tidak mengalami tanda demam selesema atau Covid-19, yang kededuanya mudah berjangkit.

Namun jika ada petanda seperti bersin, hidung berair atau sakit tekak, sebaiknya jemaah, jika masih ingin keluar rumah untuk melakukan solat berjemaah Jumaat, pakailah pelitup.

Jika badan tidak berasa sihat, berehatlah di rumah agar tidak menjangkiti orang lain.

RISIKO JANGKITAN COVID-19

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, baru-baru ini menyatakan walaupun jumlah jangkitan Covid-19 menurun, bilangan orang yang sakit teruk selepas dijangkiti virus itu terus meningkat.

Namun beliau menyatakan belum ada keperluan untuk mewajibkan pemakaian pelitup.

Namun, beliau menekankan juga kepentingan tanggungjawab sosial individu agar memakai pelitup dan duduk di rumah apabila sakit serta mendapatkan suntikan vaksin terutama bagi warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga menggesa orang ramai supaya mengamalkan tanggungjawab sosial dan peribadi dalam hal ini.

Mereka yang tidak sihat dengan gejala seperti batuk, bersin, hidung tersumbat atau berair, sakit tekak, sakit kepala atau demam, harus tinggal di rumah sehingga mereka pulih dan elakkan daripada bersentuhan dengan orang lain.

PAKAI PELITUP DI TEMPAT SESAK

Kementerian itu turut menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup semasa berada di tempat yang sesak walaupun mereka tidak sakit, terutama di dalam ruang dalaman tertutup atau di sekitar golongan rentan seperti warga emas yang lebih tua.

Pakar kesihatan juga menegaskan agar orang ramai harus bertanggungjawab secara sosial dan menggunakan pelitup di tempat tertutup yang sesak, walaupun mereka berasa sihat, kerana penularan virus berlaku sehari atau dua sebelum gejala muncul.

Tempat sesak itu termasuk pengangkutan awam seperti bas dan MRT serta boleh juga merangkumi kawasan dalaman masjid yang semasa solat Jumaat agak sesak sejak SOP Covid-19 di masjid ditiadakan.

Selain memakai pelitup, warga Singapura juga harus sebaiknya mengambil vaksin Covid-19 terbaru, khususnya bagi warga emas yang mempunyai penyakit kronik dan mereka yang mempunyai penyakit pernafasan lain.

Namun golongan muda tidak harus meremehkan penularan jangkitan semasa walaupun virus Covid-19 terbaru dilaporkan tidak sebahaya virus sebelumnya. Ini kerana melalui golongan muda, golongan warga emas boleh dijangkiti dan meletakkan mereka dalam kedudukan bahaya.

Justeru, ambillah vaksin Covid-19 terbaru yang disediakan pemerintah secara percuma, bukan hanya buat diri sendiri bahkan buat orang tersayang khususnya orang tua kita.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Memakai pelitup dan mengambil vaksin terkini akan dapat membangun sistem pencegahan dan imunisasi terhadap varian terbaru Covid-19, dan merupakan antara langkah baik dan mudah dilakukan. Elaklah juga berada terlalu lama di tempat sesak dan padat.

Selain itu, seperti yang selalu ditekankan sebelum ini, jagalah kebersihan dengan mencuci tangan selalu dan jika kurang sihat termasuk bersin dan hidung berhingus, elak keluar rumah.

Jika perlu keluar, elak berada di tempat sesak, padat dan pada tempoh lama.

Pakailah pelitup agar tidak meningkatkan risiko menjangkiti orang lain.

Dalam solat Jumaat terbaru, nampaknya lebih ramai orang memakai pelitup dan ini satu perkembangan baik. Malah, jika lebih ramai jemaah memakai pelitup sedang kita hadapi dwiancaman penularan Covid-19 dan demam selesema, ini adalah lebih baik.

Dwiancaman itu dapat ditangani dengan berkesan apabila setiap warga mengamalkan tanggungjawab sosial demi memastikan negara ini dan rakyatnya sentiasa berada dalam keadaan dan kedudukan baik untuk menangani apa juga kesan penularan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >