Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Wacana0

RENCANA MINGGUAN INI DITERBITKAN DENGAN KERJASAMA RRG

Dekati amah Indonesia dengan kelas agama di masjid

May 05, 2019 | 05:30 AM

Pekerja asing sebahagian penting hidup harian kita di Singapura dan Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) berusaha gigih untuk mendekati golongan ini, dalam usaha menentang pengganasan. Laporan oleh NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg).

PEMBANTU rumah, selain ditugaskan mengemas rumah dan memasak, juga perlu menjaga dan mengasuh anak-anak kita.

Justeru, adalah penting pembantu rumah yang hidup serumah dengan kita bersikap baik dan tidak dipengaruhi unsur-unsur luar yang tidak sihat, kata relawan Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) Ustazah Kalthom Muhammad Isa.

"Pembantu rumah diharap dapat terus bekerja di sini tanpa mengancam kedudukan negara dengan melibatkan diri dengan pengganasan. Mereka mempunyai tanggungjawab tinggi kerana diharap mendidik anak-kanak jagaan mereka dengan baik. Sudah tentu pembantu rumah juga mesti baik juga," ujar Ustazah Kalthom.

"Inilah peranan yang sangat penting (mendekati pekerja asing di Singapura) untuk memastikan semua pihak yang berada di Singapura, tidak kira apa pekerjaan mereka peka tentang undang-undang di sini serta menjaga nama baik diri, keluarga serta agama,'' tambah beliau lagi.

Berita Popular

Sejak tahun lalu, Ustazah Kalthom dan beberapa rakan seangkatannya dari RRG telah mengadakan pertemuan dengan pekerja asing beragama Islam di sini, di beberapa masjid yang menawarkan program pengayaan diri bagi pekerja asing di Singapura.

Inisiatif itu, yang dilakukan RRG dengan kerjasama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bertujuan membantu pekerja asing supaya tidak terjebak dengan kumpulan ISIS atau kumpulan pengganas lain yang cuba 'memancing' pembantu rumah wanita supaya menyokong mereka.

Menurut Ustazah Kalthom, beliau diminta oleh Masjid Wak Tanjong di Geylang supaya mengadakan kelas fardhu ain dan sesi soal jawab mengenai isu yang dihadapi pembantu rumah dari Indonesia.

Pembantu rumah dari Indonesia berhimpun di masjid itu setiap Ahad untuk mengaji, bertadarus dan bernasyid, tambah beliau.

Melebihi sesi soal jawab tentang agama dan pencerahan tentang masalah pengganasan, Ustazah Kalthom - yang mempunyai diploma pakar dalam psikologi kaunseling dan diploma dalam psikologi positif - berkata pertemuan mingguan dengan pembantu rumah itu juga juga adalah peluang baginya untuk bertindak sebagai kaunselor dan membantu mereka dari sudut mental dan psikologi.

"Adapun kelas-kelas fardhu ain seterusnya harus diberikan kepada mereka agar mereka mempunyai tempat rujukan dan mengadu masalah yang dihadapi... agar tekanan emosi dan gejala sosial yang mereka hadapi dapat kita selesaikan," kata Ustazah Kalthom.

Ustazah Kalthom ialah seorang ahli Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam teologi Islam dari Universiti Al-Azhar di Kahirah, Mesir.

Beliau juga mempunyai ijazah sarjana dalam jurusan Pengajian Islam Silang Disiplin dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidaya'tullah di Jakarta, Indonesia.

Menurut Ustazah Kalthom, kegiatan perkongsian dari pemerintah kepada pekerja asing - dengan RRG sebagai pengantara akan diteruskan dari masa ke masa.

"Ini penting supaya pekerja asing di sini sedar bahawa tujuan sebenar mereka di sini adalah untuk bekerja dan supaya mereka memahami konteks kehidupan di negara ini dan mematuhi undang-undang di mana sahaja mereka berada," ujar beliau.


"Pembantu rumah diharap dapat terus bekerja di sini tanpa mengancam kedudukan negara dengan melibatkan diri dengan pengganasan. Mereka mempunyai tanggungjawab tinggi kerana diharap mendidik anak-kanak jagaan mereka dengan baik. Sudah tentu pembantu rumah juga mesti baik juga.
"Inilah peranan yang sangat penting (mendekati pekerja asing di Singapura) untuk memastikan semua pihak yang berada di Singapura, tidak kira apa pekerjaan mereka peka tentang undang-undang di sini serta menjaga nama baik diri, keluarga serta agama.''

- Ustazah Kalthom Muhammad Isa.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map