Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Faedah kesihatan puasa

Kesan ke atas darah tinggi, barah, kolesterol, diabetes apabila berpuasa. Selain daripada aspek rohani, puasa juga memberi banyak manfaat kesihatan kepada badan. Terdapat beberapa perubahan dalam badan yang berlaku semasa berpuasa yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lebih sihat.
Mar 20, 2023 | 05:30 AM



DARAH TINGGI



Kajian menyatakan bahawa puasa bulan Ramadan adalah seperti intermittent fasting atau puasa berselang- seli dan kajian tentang intermittent fasting menunjukkan ia berupaya untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan sekaligus dapat mengurangkan risiko sakit jantung, angin ahmar dan kerosakan ginjal.



Kajian juga menunjukkan bahawa puasa boleh memberi manfaat kesihatan yang besar yang yang melibatkan pertukaran antara masa makan dan masa berpuasa, dengan tujuan untuk mengurangkan kalori dan memperbaiki fungsi badan.



Ini kerana semasa berpuasa, badan mempunyai masa untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengimbangi hormon insulin, yang dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung.



Kajian juga menunjukkan bahawa berpuasa dapat membantu meningkatkan metabolisme badan, membakar lebih banyak kalori, dan membantu mengurangkan risiko obesiti dan diabetes. Ini kerana semasa berpuasa, badan membakar lemak sebagai sumber tenaga ketika bekalan gula dalam darah berkurangan, dan ini membantu meningkatkan proses pembakaran lemak.



MENINGKATKAN FUNGSI DAN PERKEMBANGAN OTAK



Puasa ada kaitan dengan peningkatan NGF - Nerve Growth Factor atau Faktor Pertumbuhan Saraf dan BDNF - Brain Derived Nerve Factor atau Faktor Saraf Hasilan Otak.



NGF ini diperlukan untuk pembangunan dan kesihatan urat saraf dan BDNF adalah sejenis protein yang merangsangkan pertumbuhan urat saraf. Kadar rendah BDNF ada kaitan dengan penyakit nyanyuk Alzheimer.



Puasa juga dapat meningkatkan neuroplastisiti otak, iaitu kemampuan otak untuk mengubah dan menyesuaikan diri dalam lingkungannya. Ini disebabkan selama berpuasa, tubuh menghasilkan lebih banyak BDNF yang merangsang pertumbuhan dan memperbaiki sel-sel otak.



Selain itu, puasa juga dapat memperbaiki ketahanan insulin dan mengurangi peradangan dalam tubuh. Kedua faktor ini telah dikaitkan dengan penurunan kognitif dan perkembangan penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.



PERUBAHAN PADA BADAN



Puasa boleh mempengaruhi perubahan badan dengan mengurangkan kandungan lemak badan menyebabkan seseorang itu lebih sihat. Lemak di sekeliling pinggang ada kaitan dengan risiko penyakit kencing manis atau sindrom metabolik.



Puasa juga boleh membantu dengan mengurangkan kolesterol dan trigliserida, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Oleh kerana puasa juga membantu dengan mengurangkan gula darah, ia juga boleh mengurangkan risiko diabetes. Selain itu, puasa boleh membantu memperbaiki kecerdasan otak dan membantu dengan mengurangkan kemurungan.



Selain itu, puasa boleh memberi manfaat untuk kesihatan jangka panjang. Puasa boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh, membantu dengan meningkatkan kualiti hidup, dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Puasa juga boleh membantu menguatkan sistem pencernaan dan meningkatkan kesuburan.



MENGURANGKAN RISIKO BARAH



Sel badan kita memerlukan tenaga untuk ketumbuhan. Tenaganya boleh didapati dari glukos. Tetapi apabila kita berpuasa, pengeluaran glukos berkurangan menyebabkan badan menggunakan tenaga keton. Hanya sel sihat boleh menggunakan tenaga keton menyebabkan sel barah tidak dapat tenaga glukos untuk berkembang.



PERMULAAN AUTOPHAGI



Autophagi maknanya makan diri sendiri secara automatik. Puasa merangsangkan proses Autophagi. Ia menyebabkan sel-sel buruk, rosak dan berlebihan di bakar dan sel-sel baru dan sihat mula tumbuh. Autophagi berupaya untuk memanjangkan usia, mengurangkan barah, mengurangkan risiko sakit jantung, Parkinson dan Alzheimer.



PUASA MENINGKATKAN BAKTERIA ELOK DALAM USUS



Puasa menyebabkan bakteria kolon menjadi lebih aktif dalam proses meningkatkan daya tahanan diri sekaligus mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman.



TIDUR NYENYAK BILA BERPUASA



Puasa boleh menyebabkan seseorang itu dapat tidur dengan mudah dan mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.



MENGURANGKAN HORMON GHERLIN



Hormon gherlin yang tinggi ada kaitan dengan perasaan lapar dan ingin makan. Puasa menyebabkan kadar hormon gherlin turun sekali gus mengurangkan rasa lapar walaupun sedang berpuasa. Hormon gherlin yang normal dapat membolehkan makan sedikit dan mudah rasa kenyang.



RISIKO BERPUASA



Pesakit kencing manis yang mempunyai kawalan gula yang rumit, pesakit ginjal yang menjalani dialisis, pesakit tenat dan pesakit memakan ubat cairkan darah seperti warfarin tidak digalakkan berpuasa atas sebab-sebab kemudaratan. Tidak semua wanita hamil boleh berpuasa. Sila berjumpa dengan doktor keluarga anda untuk mendapatkan izin berpuasa jika anda kurang pasti.



Dengan itu, puasa bulan Ramadan dapat menyihatkan diri anda tanpa anda sedari sambil anda menjalani ibadat puasa.




► Penulis doktor keluarga Banyan Clinic @ jw




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >