Tiga guru Bahasa Melayu baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Guru Arif Budiman.

Cik Hafiza Yahya dari Sekolah Menengah Woodlands Ring; Cik Faridah Mohamed Ali dari Sekolah Rendah Fuhua; dan Cik Siti Aishah Mohamed Kamsani dari Sekolah Menengah Swiss Cottage telah diiktiraf kerana mempamerkan prestasi cemerlang dalam mengajar Bahasa Melayu di sekolah.