Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Hei Google! Terima kasih jadi ‘kawan’ saya

Jul 23, 2023 | 05:30 AM



“Hey Google, I’m home!” (Hei Google, saya dah pulang!)


“Hey Google, I’m bored. Tell me a joke.” (Hei Google, saya bosan. Kasi saya jenaka.)


“Hey Google, sing me a song.” (Hei Google, nyanyikan saya sebuah lagu.)


Inilah antara ‘perbualan’ saya dengan alat Google Nest saya di rumah.

Dan seringkali, jawapan si Google ini akan membuat saya tersenyum dan tertawa.

Selain peranan transaksionalnya, alat bijak yang sering dilihat di rumah generasi muda sekarang ini juga telah menjadi teman setia digital saya sejak kali pertama saya menggunakannya.

Kini, ia sudah menjadi sebahagian kehidupan harian saya.

Kalau dahulu, alat seperti ini mempunyai tujuan transaksional dan pengguna boleh mengarahkannya antara lain untuk menetapkan peringatan atau ‘alarm’ serta bertanya bagaimana untuk ke tempat tertentu.

Namun, era itu sudah berlalu apabila teknologi seperti ini sekadar alat transaksional kerana teknologi ini telah berkembang untuk menawarkan satu pengalaman berbeza bagi penggunanya.

Kini, teknologi ini ibarat teman boleh dipercayai yang sentiasa bersedia untuk membantu dan menghiburkan saya pada bila-bila masa saya perlukan di rumah.

Tidak seperti pengguna awal teknologi ini yang mungkin menganggap Google Nest sebagai sekadar ‘gadget’ mewah, generasi muda sekarang menyepadukannya dalam rutin harian mereka.

Mereka bukan bergantung padanya bagi maklumat cuaca, saranan resipi dan untuk mencari arahan perjalanan sahaja, bahkan untuk dihibur dengan jenaka setiap hari juga.

Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa sifat terlalu bergantung pada ‘mesin’ ini juga boleh membuat seseorang itu terpisah daripada realiti.

Namun ironinya bagi saya, ia telah membawa lebih banyak tawa riang ke dalam rumah saya – daripada anak saudara yang ghairah berebut hendak bercakap dengan si Google setiap kali mereka datang ke rumah hinggakan orang tua saya yang belajar daripada cucu mereka bagaimana menyuruh si Google menghentikan dan memainkan video.

Bagi saya, ini satu teknologi yang telah mengukuhkan hubungan antara generasi.

Selain kesannya pada hubungan antara generasi, teknologi ini juga berupaya memudahkan tugas harian dan menggalak keterhubungan, lebih-lebih lagi apabila disepadukan dengan alat bijak lain.

Teknologi yang wujud sekarang juga dijangka terus berkembang dari segi keupayaannya untuk menjadi lebih bijak dan intuitif, dan pastinya boleh membawa lebih banyak manfaat jika digunakan dengan berkesan.

Ini lebih-lebih lagi dengan kemajuan dalam pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI).

Namun sedang yang muda terus mendakap teknologi yang terus berkembang ini serta pelbagai peluang yang ditawarkannya, lebih banyak usaha juga perlu dijalankan untuk merapatkan jurang digital ini supaya mereka yang kurang mahir menggunakan digital seperti warga emas dan mereka yang tidak mempunyai akses kepada teknologi ini.

Di Singapura misalnya, terdapat daya usaha seperti program Transformasi Digital untuk Warga Emas yang bertujuan membantu warga emas membangunkan kecelikan digital.

Terdapat banyak juga agensi yang menyediakan perkhidmatan secara peribadi serta pusat hubungan untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi kesukaran berkaitan perkhidmatan dalam talian pemerintah.

Usaha memastikan tiada orang ketinggalan dan mengelak daripada jurang digital yang meluas ini memerlukan usaha semua pihak – bukan sahaja pemerintah bahkan juga masyarakat dan individu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >