Topik diikuti
Pergi ke BHkuFahami, hayati dan teladani Al-Quran
Fahami, hayati dan teladani Al-Quran
Fahami, hayati dan teladani Al-Quran
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan.
Melalui program Menghayati 30 Juzuk dalam 30 Minggu, jemaah dibimbing secara berperingkat untuk menyelami intipati Al-Quran dari awal hingga akhir, satu juzuk setiap minggu.
Program selama satu tahun ini memberi ruang untuk:
- Memahami mesej utama setiap juzuk;
- Mendengar kupasan ringkas ayat-ayat pilihan;
- Menghubungkan pengajaran Al-Quran dengan realiti kehidupan masa kini;
- Menghidupkan Al-Quran dalam amalan seharian.
Sesi ini berlangsung setiap Jumaat, selepas solat maghrib hingga isyak.
Ia diadakan di lantai satu, Dewan Serbaguna, Masjid Al-Khair.
Program ini percuma dan dibuka untuk semua. Peserta digalakkan membawa Al-Quran terjemahan bahasa Melayu.
Sila daftar di sini: bit.ly/dt-fahami30juz.