Topik diikuti
Pergi ke BHkuJaga alam sekitar sambil hormati bahan agama
Jaga alam sekitar sambil hormati bahan agama
Jaga alam sekitar sambil hormati bahan agama
Tidak pasti bagaimana hendak melupuskan mushaf lama, buku agama yang sudah lusuh atau bahan Islamik lain dengan cara yang sesuai?
Masjid Al-Muttaqin akan menyediakan Khidmat Pelupusan Bahan Islamik untuk mushaf Al-Quran, kitab dan buku agama dengan harga $5 bagi setiap kilogram (kg).
Pelupusan akan dilakukan secara tertib dan mematuhi syariah, secara lebih mesra alam.
Cara melupuskan juga mudah.
Anda juga boleh membawa barangan yang sesuai untuk dikitar semula atau diguna semula, sebagai satu cara memelihara bumi yang juga sebahagian daripada tanggungjawab kita.
Tarikh: 16 Ogos 2026
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Masjid Al-Muttaqin, Ang Mo Kio
Harga pelupusan bahan Islamik: $5/kg
Semua barangan mesti disalurkan terus kepada petugas kami untuk direkodkan. Sila jangan tinggalkan barangan tanpa pengawasan atau di luar kawasan pengumpulan yang ditetapkan.
Ayuh kita menjaga alam sekitar sambil menghormati bahan agama dengan sebaiknya.