Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelebihan Kaabah, Baitullah

Jun 6, 2025 | 5:30 AM
kaabah, hajar aswad
Kaabah merupakan tempat paling suci menurut Islam. Ia menempatkan Hajar al-Aswad, batu hitam yang diturunkan dari syurga, dan sesiapa yang menciumnya dengan penuh keimanan dijanjikan keampunan daripada dosanya. - Foto REUTERS

TAFSIR SURAH ALI IMRAN

Surah Ali Imran ayat 92 hingga 100 membawa mesej mendalam tentang keikhlasan, keteguhan dalam agama, dan bahaya penyelewengan selepas menerima kebenaran.

Dalam ayat 92, Allah swt menegaskan bahawa seseorang tidak akan mencapai kebaikan sebenar sehingga dia sanggup memberi apa yang paling disayangi.

Ia menjadi asas kepada amalan bersedekah, apabila seseorang itu memberi sesuatu yang berharga dengan ikhlas bukan sekadar memberi apa yang tidak berguna atau lebihan.

Ayat 93 hingga 94 pula menjelaskan bahawa sesetengah makanan yang kononnya dilarang untuk Bani Israel adalah hasil daripada rekaan mereka sendiri, bukan perintah Allah swt.

Ia mengajar kita agar sentiasa berwaspada terhadap cubaan memesongkan iman setelah datangnya kebenaran.

Antara ayat yang disebut ialah ayat 96 hingga 97, tatkala Allah swt menjelaskan kedudukan dan kelebihan rumah-Nya yang suci, iaitu Kaabah.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah, yang diberkati dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.”

Ayat ini menerangkan bahawa rumah Allah swt atau masjid pertama yang dibina di muka bumi ialah Kaabah yang terletak di Masjidil Haram.

Kaabah merupakan tempat paling suci menurut Islam.

Ia menempatkan Hajar al-Aswad, batu hitam yang diturunkan dari syurga, dan sesiapa yang menciumnya dengan penuh keimanan dijanjikan keampunan daripada dosanya.

Kaabah juga adalah pusat penyatuan umat Islam, apabila setiap Muslim di seluruh dunia menghadapnya sebagai kiblat ketika mendirikan solat.

Allah swt memberitahu kita bahawa Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as, telah membina Kaabah sebagai rumah Allah yang mulia agar hamba-hamba-Nya dapat beribadah di sana.

Hari ini, jutaan umat Islam dari seluruh dunia datang untuk menunaikan ibadah umrah dan melakukan tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah sebagai tanda penghormatan kepada Pemilik rumah tersebut.

Hati umat Islam sentiasa merindui untuk ke sana, untuk melihat Rumah Allah dengan mata sendiri, dan menunaikan ibadah umrah atau haji.

Oleh itu, janganlah kita lupa untuk berdoa setiap hari, agar Allah swt memberikan peluang kepada
kita untuk menziarahi rumah-Nya dan menjadi tetamu-Nya yang diundang ke sana.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg