Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pentingnya pendidikan agama bagi anak

May 30, 2025 | 5:30 AM
hidayah, Surah Ali Imran, Islam
Ibu bapa perlu memastikan didikan agama anak-anak dibina atas asas dialog, kefahaman, dan penjelasan, bukan sekadar suruhan atau hafalan.  - Foto ISTOCKPHOTO

Surah Ali Imran ayat 84 hingga 91 menjelaskan bahawa agama yang benar di sisi Allah swt hanyalah satu, iaitu Islam.

Sebagai seorang Muslim, kita yakini bahawa Allah swt telah menjanjikan syurga kepada sesiapa yang memeluk Islam dan bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah swt.

Ayat-ayat ini turut menyentuh tentang fenomena murtad, iaitu mereka yang keluar daripada Islam setelah memeluknya sebelum ini.

Allah swt berfirman pada ayat yang ke 86:

Bagaimana mungkin Allah memberi petunjuk kepada suatu kaum yang telah kufur selepas mereka beriman, setelah mereka mengakui bahawa Rasul itu benar, dan telah sampai kepada mereka bukti-bukti yang jelas?

Ini bermaksud, mereka telah menyaksikan kebenaran dengan nyata dan hujah yang jelas, namun mereka tetap memilih untuk kembali ke dalam kegelapan syirik.

Maka, bagaimana mungkin mereka layak menerima hidayah setelah sengaja memilih jalan kesesatan?

Kerana itulah Allah swt menyatakan:

Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Mereka telah menzalimi diri sendiri dengan menolak kebenaran selepas mengetahuinya, itulah puncak kezaliman yang menyebabkan mereka terhalang daripada mendapat hidayah.

Di sinilah kita melihat betapa pentingnya mendidik anak-anak kita dengan pendidikan agama yang mencukupi dan menyeluruh.

Pada zaman sekarang, keraguan terhadap agama semakin berleluasa akibat kurangnya pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam.

Ramai dalam kalangan anak muda kita yang mula mempersoalkan kaitan beragama, serta tujuan di sebalik amalan seperti solat, pemakaian tudung dan pemakanan halal.

Oleh itu ibu bapa perlu memastikan didikan agama anak-anak dibina atas asas dialog, kefahaman dan penjelasan, bukan sekadar suruhan atau hafalan.

Kita perlu tanamkan bahawa agama adalah gaya hidup yang paling sesuai untuk manusia, kerana ia diajarkan oleh Pencipta kita, yang paling mengetahui keperluan dan fitrah kita.

Sebagaimana kita menitikberatkan pendidikan akademik anak-anak, kita juga perlu memberi keutamaan yang sama kepada pendidikan agama.

Ia bukan sekadar mengajar mereka cara menunaikan solat atau membaca Al-Quran, malah mendidik mereka menghargai ajaran Islam, dan membentuk mereka menjadi anak soleh yang akan mendoakan kita setelah kita tiada.

Ini adalah antara cara paling berkesan untuk menangani isu kemurtadan, dan ia bermula dengan kita sendiri sebagai ibu bapa, memahami dan meyakini mengapa kita beramal dengan agama ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg