Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Semasa ke Qatar baru-baru ini membuat liputan lawatan negara Presiden Halimah Yacob ke sana, saya berpeluang bertemu ramai warga Singapura yang bekerja di sana.

Ramai dalam kalangan mereka bekerja dalam pelbagai bidang profesional seperti juruterbang, pengurus pembangunan perniagaan, pakar teknologi maklumat dan usahawan.

Ada juga yang bekerja di syarikat berbilang negara (MNC) dan agensi media antarabangsa.

Dari segi gaya hidup, mereka nampaknya menjalani kehidupan yang seimbang, dengan masa yang mencukupi diperuntukkan untuk keluarga.

Bagi sesetengah mereka, kereta yang dipandu juga melambangkan status atau kedudukan kewangan mereka yang mantap, dengan ada yang memandu kereta mewah dan memiliki sehingga enam kereta! Dahsyat!

Melihat pada pencapaian mereka, terdetik di hati tentang peluang yang dapat mereka rebut di luar negara:

Tentang bagaimana mereka dapat mengembangkan potensi diri dan syarikat selain bersaing dengan individu atau syarikat korporat bertaraf antarabangsa yang lain.

Dan bagaimana mereka dapat memperkukuh kedudukan kewangan mereka di luar negara, juga bagaimana kepuasan hidup itu dapat diraih bukan di Singapura sahaja, bahkan di negara lain, di negara orang.

Tetapi daripada perbualan saya bersama mereka, saya dapati banyak pengorbanan yang perlu mereka lakukan, selain jerih payah tinggal di rantauan.

Antaranya ialah rentak pekerjaan yang berbeza – dari segi pertuturan, budaya dan fahaman tentang budaya kerja itu sendiri.

Seorang pekerja Singapura yang bertanggungjawab bagi pembangunan perniagaan berkata beliau perlu turun naik sesebuah agensi berminggu-minggu agar permit kerja pekerjanya diluluskan.

Beliau perlu bergantung harap kepada rangkaian tertentu untuk memastikan proses itu dapat dilakukan secepat mungkin.

“Memang susah, tetapi banyak yang saya pelajari untuk hidup,” katanya.

Beliau menambah bahawa apabila memandu kereta mewahnya tetapi memakai pakaian kasual, pekerja valet tidak akan membantu mengambil keretanya kerana menyangka beliau seorang drebar. Justeru beliau terpaksa mengenakan baju kot setiap hari untuk membezakan dirinya daripada pemandu.

Bagaimanapun, ada yang mengongsi tentang peluang keemasan di sana yang tidak mungkin dapat mereka raih di sini.

Misalnya, sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di sana berkata pihaknya mampu mendapat projek bagi reka dalaman bangunan, antaranya bagi pameran kereta BMW, hospital dan hotel antarabangsa.

Menurut pengasas dan pemiliknya, Encik Hamdan Kasimi, jika klien mengetahui bahawa syarikatnya berasal dari Singapura, 20 peratus daripada tender dianggap sudah ada di dalam genggaman.

“Orang Qatar memang tertarik pada jenama Singapura. Bagi mereka, jenama Singapura adalah sesuatu yang boleh dipercayai, cekap dalam melaksanakan tugas dan melahirkan hasil berkualiti tinggi,” katanya.

Menerusi perbualan saya bersama mereka, saya mendapati warga Singapura yang tinggal di sana menunjukkan tahap kecekalan tinggi, berdaya tahan, tidak mudah putus asa dan bijak menyesuaikan diri dengan keadaan.

Namun, yang paling penting ialah dalam menempuh cabaran yang dihadapi setiap hari, mereka mampu mengibarkan bendera Singapura dengan tinggi dan menunjukkan kebolehan sejajar dengan jenama negara kecil ini.

Ada daripada mereka yang kembali ke Singapura selepas beberapa tahun di sana.

Ditanya apa yang mereka pelajari di sana, mereka berkata pengalaman di sana menguji daya tahan mereka berdikari di negara orang, susah payah sendiri dan mempelajari budaya orang lain.

Mujur pertubuhan Red Dotters yang menyatukan masyarakat Singapura di sana agak utuh dan mereka membantu satu sama lain.

Ketika ditanya apa yang membuat mereka mahu pulang ke Singapura, mereka berkata mereka mahu anak-anak mereka membesar di bawah sistem Singapura.

Saya rasa selepas bertahun duduk di negara orang, mereka dapat menilai apa yang mereka hargai.

Mungkin ini menepati peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >