Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Kenali bahasa tari demi hayati masyarakat Melayu

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



TARIAN tradisional Melayu, lebih sekadar bentuk kesenian yang indah dipandang mata, menerusi gerak tarinya mempunyai cerita yang menggambarkan adab dan kehidupan masyarakat itu sendiri.



Ia bukan setakat berkaitan kelembutan sikap orang Melayu, bahkan menjadi ekspresi peradaban yang diperjuangkan masyarakat.



Ini termasuk nilai adab seperti menghormati orang, cakap beralas, sikap bergotong-royong, bekerja keras di ladang dan lautan serta perkasa di medan perang dan banyak lagi.



Justeru, untuk mengenali makna di sebalik gerak tari, adalah penting untuk memahami bahasa dan istilah gerak tari yang telah lama menjadi penghubung para penggiat seni negara-negara rumpun Melayu.



Menurut sejarawan Malaysia Mubin Shepard, tarian Melayu terbahagi kepada enam bahagian termasuk tarian istana, tarian rakyat, tarian asli dan sebagainya.



Tetapi untuk tujuan membincangkan bahasa dalam tarian, penulis memilih tiga bentuk tarian yang dekat dengan kehidupan masyarakat.



BAHASA TARIAN ZAPIN



Berdasarkan sejarah, tarian Zapin merupakan hasil daripada gabungan budaya Melayu dan Arab, bermula apabila pedagang Timur Tengah datang ke rantau ini dan mula bersimulasi dengan masyarakat wilayah Riau.



Adat Melayu dan Arab kemudian saling mengisi dan berpengaruh pada bidang seni, seperti tari, sastera, muzik dan sebagainya.



Menurut jurnal berjudul Estetika tari zapin sebagai sumber penciptaan karya kaki-kaki (oleh Indah Yuni Pangestu, Ediwar, Martio), konsep estetika gerak Zapin sebagai refleksi masyarakat Melayu lebih banyak didasarkan pada nama-nama gerak bernuansa Islam, antara lain gerak alif sembah, alif sembah, bunga alif pusing, dan bunga alif pusing.



Aditari Singapura, Osman Abdul Hamid, pula menjelaskan kata-kata alif didasarkan pada huruf pertama abjad Arab yang bentuknya tegak lurus, maka komposisi dari gerak alif adalah merupakan gerakan penari yang membuat garis lurus. Ia dibuat pada pembukaan tarian.



Antara bahasa asas tarian zapin lain yang turut menyerlah adab Melayu ialah Titi Batang, Anak Ayam Patah, Siku Keluang, Sut Patin, Pusing Tengah.



  • Siku Keluang adalah gerakan yang menggambarkan kehidupan yang dinamis. Gerakan ini dilakukan sebanyak dua kali setelah gerak maju dan mundur dengan 16 hitungan per satu kali.

  • Mata Angin adalah gerak yang dilakukan setelah gerak siku keluang. Gerak mata angin dilakukan sebanyak satu kali dalam 16 hitungan.

  • Titik Batang ialah gerakan yang bermakna keteguhan hati manusia dalam menghadapi cabaran. Gerakan ini dilakukan dua kali setelah gerak mata angin. Bentuk gerakannya dua kali maju dan mundur dengan 16 hitungan per satu kali yang di antaranya dipisahkan oleh satu kali gerak bebas.

BAHASA TARIAN PIRING



Tarian asal Sumatera yang menggunakan piring sebagai instrumen utama ini menuntut fokus, keseimbangan badan dan kelenturan olah tubuh penarinya. Osman, yang juga Pengarah Kreatif Era Dance Theatre berkata, tarian piring yang dipercayai bermula sejak 800 tahun lalu, asalnya dilakukan sebagai ritual ucapan rasa syukur yang dilakukan oleh masyarakat setempat atas hasil pertanian yang baik.



Antara bahasa tarian piring:



  • Gerak Persembahan

    Secara simbolik gerakan ini bermakna sebagai bentuk rasa syukur yang dipanjatkan kepada Allah atas rezeki dan rahmat-Nya, sekali gus memberi isyarat kepada penonton tidak mengganggu penari saat sedang pentas.

  • Gerak Mencangkul

    Gerakan ini memberi gambaran gerak membaling tulang golongan petani.

  • Gerak Menyemai

    Juga menggambarkan kehidupan petani, tetapi fokusnya kepada musim menyemai benih padi sebelum ditanam.

  • Gerak Menyiang

    Menyiang memiliki erti membersihkan sawah daripada tanaman pengganggu seperti rumput liar dan gulma, kerana secara garis besar tarian ini dipentaskan sebagai simbol.

  • Gerak Membuang Sampah

    Yang dimaksudkan di sini adalah gerak membuang sampah-sampah dalam dunia pertanian seperti rumput mahupun padi-padi yang gagal panen (dituai).

BAHASA TARIAN INANG



Inang memberi pengertian sebagai pengasuh, yang memberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santun peribadi seseorang wanita pengasuh.



Penari lelaki dalam tarian ini merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.



Lenggok Tari Inang yang biasa ditarikan menggunakan lagu Inang Selendang, Ayam Didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diragakan di dalam tarian tersebut.



Ayam Didik, misalnya digerakkan berdasarkan lagu bertajuk serupa, berdasarkan gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu.



Inang juga menggunakan gerak Sapu tangan, sekali gus menggunakan sapu tangan sebagai prop tarian, yang menggambarkan pengasuh pasti membawa kain tersebut ke mana-mana, kerana sentiasa bersedia memikul tugas pengasuh, atau bersedia bergotong-royong jika apabila diperlukan.



Banyak lagi bahasa gerak tarian yang wajar dikaji demi memahami peradaban masyarakat Melayu, yang terkait dengan sejarah dan agama.



Tarian Melayu dipersembahkan bukan setakat untuk halwa telinga atau penyejuk jiwa, tetapi mengingatkan kita tentang nilai-nilai hidup yang ditanamkan sejak zaman berzaman yang semestinya, harus terus dipraktikkan.




"Banyak lagi bahasa gerak tarian yang wajar dikaji demi memahami peradapan masyarakat Melayu,

yang terkait dengan sejarah dan agama.

Tarian Melayu dipersembahkan bukan setakat untuk halwa telinga atau penyejuk jiwa, tetapi mengingatkan kita tentang nilai-nilai hidup yang ditanamkan sejak zaman berzaman yang semestinya, harus terus dipraktikan."

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >