Kepercayaan rakyat diperkukuh hasil misi selamat warga terkandas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kepercayaan rakyat diperkukuh hasil misi selamat warga terkandas

Mar 15, 2026 | 11:15 AM

Kepercayaan rakyat diperkukuh hasil misi selamat warga terkandas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
warga terkandas
Dakapan lega setelah dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang - Foto ST

Kepulangan rakyat Singapura yang terkandas di Timur Tengah ekoran perang antara Iran dengan Israel/Amerika Syarikat disambut mesra oleh keluarga mereka di Singapura.

Rasa lega menyelubungi mereka tatkala pesawat khas, Singapore Airlines (SIA) dan Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Changi.

Dengan pengerahan pesawat MRTT RSAF ke Riyadh pada 10 Mac, ini menjadikannya penerbangan penghantaran pulang ketiga Singapura dalam usaha negara ini membawa pulang rakyatnya yang terjejas dek konflik Timur Tengah.

Awal dari itu, dua penerbangan penghantaran pulang pertama bagi membawa pulang rakyat Singapura dari Muscat, Oman – salah satu negara dengan ruang udara yang masih dibuka seperti biasa – melalui pesawat sewaan khas Singapore Airlines (SIA) telah berlepas pada 7 dan 8 Mac.

Bagi rakyat Singapura yang terjejas, perjalanan itu sudah lama dinantikan setelah beberapa minggu diselubungi rasa cemas dan takut.

Selama berminggu-minggu, kehidupan mereka ditemani letupan bom yang mengerikan.

Bagi kita yang menikmati keamanan di Singapura, pengalaman itu tentu sekali amat menakutkan.

Ini diburukkan lagi kerana banyak pesawat yang ditempah terpaksa dibatalkan disebabkan peperangan itu.

Oleh itu, mereka cukup teruja dan bersyukur dengan bantuan yang disalurkan oleh pemerintah bagi menghantar pesawat khas untuk membawa mereka pulang.

Bantuan itu memerlukan penyelarasan yang rapi meliputi pelbagai pihak termasuk Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pertahanan (Mindef), kedutaan Singapura di Timur Tengah, SIA, RSAF dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Keupayaan Singapura untuk bergerak pantas menghantar pesawat-pesawat khas itu mencerminkan kecekapan organisasi yang tinggi.

Apabila ruang udara komersial ditutup, pemerintah Singapura terpaksa mengatur perjalanan darat dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar ke hab yang lebih selamat seperti Oman dan Arab Saudi untuk menaiki pesawat.

Kebajikan dan keselesaan warga yang pulang juga dijaga rapi termasuk menyediakan persiapan logistik seperti pengangkutan, tempat penginapan dan makanan.

Ia termasuk menyediakan makanan sahur bagi warga Muslim yang berpuasa.

Meskipun tempoh perjalanan mengambil masa lebih lama daripada biasa, apa yang penting mereka dapat pulang dengan selamat.

Operasi itu memperkukuhkan lagi kepercayaan rakyat bahawa pemerintah akan membantu mereka apabila mereka dalam kesusahan.

Usaha itu sekali gus memperkukuh semangat dan cinta terhadap tanah air mereka.

Tangisan dan perasaan sebak yang ditunjukkan mereka tatkala didakap keluarga mereka apabila mendarat di Lapangan Terbang Changi menunjukkan betapa leganya mereka.

Tentunya, akhir-akhir Ramadan dan sambutan Lebaran akan lebih bermakna dengan kehadiran orang tersayang di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg