Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Keselamatan setiap anggota platun jadi keutamaan

Oct 31, 2019 | 05:30 AM



Latihan Wallaby merupakan latihan luar negara yang melibatkan kerjasama antara Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Ia pertama kali diadakan pada 1990. Dijalankan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA) di Queensland, Australia, ia juga merupakan latihan di luar Singapura yang terbesar oleh SAF. Tahun ini, latihan ini berlangsung dari 24 September hingga 7 November. Wartawan HARITH MUSTAFFA (harithr@sph.com.sg) melaporkan dari Queensland.



KETIKA berlatih di negara lain yang mempunyai sekitaran yang sangat berbeza berbanding tanah air sendiri, ciri-ciri keselamatan menjadi teras yang diutamakan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Bagi unit Batalion ke-41, Rejimen Berperisai Singapura (41SAR), beberapa langkah telah diambil demi memperkukuh tahap keselamatan askar ketika menjalani Latihan Wallaby di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA), Queensland, Australia baru-baru ini.



Berita Harian (BH) telah menemui seorang anggota pasukan infantri berperisai, Korporal Kelas Pertama (CFC), Muhammad Fadhlie Rosli, 23 tahun, yang menganggap keselamatan itu sebagai satu nilai yang harus dipupuk melalui sudut individu.



Digelar sebagai "advokat keselamatan," CFC Fadhlie, yang diberi jawatan ketua seksyen kedua pasukan tentera darat, berasa amat bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebajikan rakan-rakannya.



"Saya mementingkan keselamatan seksyen dan harus memastikan mereka tidak kehausan serta saling memotivasi mereka jika mereka menghadapi cabaran," katanya, yang menjaga enam anggota perkhidmatan negara (NS).



Dikelilingi sekitaran yang rumit, cuaca yang panas serta keluasan empat kali lebih besar daripada Singapura, beliau juga sedar akan cabaran berlatih di kawasan yang sangat berbeza, mahupun bakal menguji tahap kecergasan setiap anak lelaki Singapura yang berkhidmat dalam angkatan darat sewaktu menjalani NS.



Meskipun menghadapi cabaran itu, CFC Fadhlie tetap bersikap positif.



"Latihan di Australia ini merupakan satu peluang yang hanya dapat dinikmati sekali sahaja.



"Untuk meraih manfaatnya, kami harus bekerjasama supaya kami sentiasa sihat dan dapat memperolehi pengalaman yang positif," tegasnya.



Hubungan beliau dengan teman platunnya akrab ketika mereka menjalani simulasi atau table-top exercise (TTX) di mana komander platun merancang taktik kepada anggotanya sebelum menyerang 'musuh'.



Sewaktu TTX, CFC Fadhlie menerima arahan komander platunnya dengan teliti, dan seterusnya berbincang dengan rakannya yang turut menganggapnya sebagai pemimpi seksyen/



Beliau berkata: "Saya memang seorang yang sering ceria dan mungkin kerana itu, kami mudah mesra dan ini menambahkan lagi kemudahan dalam bertugas. Hubungan kami juga sangat akrab, sama seperti saudara sendiri."



CFC Fadhlie, anak bongsu dalam keluarganya dan anak pertama berkhidmat dalam angkatan darat, berkata keluarganya bangga dengan jawatannya sebagai ketua seksyen kedua.



"Seorang ketua seksyen kedua memainkan peranan penting bagi sebuah unit kerana kami mempunyai hubungan erat bersama anggota lain. Kami dapat melihat keadaan dengan teliti termasuk memastikan keselamatan antara satu sama lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >