Langkah tegakkan integriti dan kewibawaan politik S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah tegakkan integriti dan kewibawaan politik S’pura

Jan 18, 2026 | 5:30 AM

Langkah tegakkan integriti dan kewibawaan politik S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lidah Pengarang
Lidah Pengarang - Foto BH

Keputusan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong untuk melucutkan jawatan Ketua Pembangkang (LO) daripada Encik Pritam Singh dibuat setelah beliau mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti menyusuli sabitan jenayah Encik Pritam.

Keputusan itu dibuat setelah Parlimen memutuskan pada 14 Januari bahawa Encik Pritam, yang juga merupakan Setiausaha Agung WP, tidak sesuai untuk meneruskan peranannya sebagai LO menyusuli perbahasan satu usul yang dibentangkan Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah.

Perbahasan usul itu amat penting kerana sebelum isu lain seperti dasar negara dibahaskan dalam Parlimen, apa yang perlu terlebih dahulu adalah integriti dan keyakinan rakyat terhadap mereka yang memimpin.

Isu usul Parlimen melibatkan Encik Pritam ini tidak patut dinilai berdasarkan kepentingan politik parti semata-mata.

Keputusan ini adalah perlu bagi menegakkan kedaulatan undang-undang, serta maruah dan integriti Parlimen.

Sekiranya kepercayaan dan keyakinan terhadap institusi utama seperti Parlimen dan mahkamah terhakis, maka kewibawaan institusi-institusi ini akan dipersoal.

Oleh itu, perbahasan usul itu mencerminkan komitmen Singapura untuk terus menegakkan undang-undang dan para pegawai dilantik mematuhi undang-undang tersebut.

Usul bagi membahaskan sama ada Encik Pritam masih sesuai untuk meneruskan peranannya sebagai LO itu telah dibentangkan susulan sabitannya berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) yang mengendalikan kes pembohongan mantan AP WP, Cik Raeesah Khan.

Encik Pritam telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Daerah kerana berbohong di bawah sumpah ketika memberi keterangan kepada COP.

Semasa perbahasan itu, Encik Pritam mengulangi bahawa beliau menerima penghakiman mahkamah, tetapi berkata beliau tidak bersetuju dengan dapatan tersebut dan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Namun, persoalan sama ada beliau bersalah atau tidak bersalah telah ditentukan melalui proses mahkamah yang adil.

Keputusan undang-undang juga adalah muktamad dan konklusif yang perlu dihormati.

LO memainkan peranan penting dalam sistem politik Singapura dan pejabat LO mempunyai tanggungjawab yang ketara dalam mengetuai pembangkang dalam perbahasan tentang rang undang-undang dan usul, serta mencalonkan anggota pembangkang ke jawatankuasa terpilih.

Oleh itu, sesiapa yang memegang jawatan ini mesti menegakkan piawaian kejujuran dan integriti yang tertinggi.

Ini kerana jawatan itu memegang amanah yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi pihak Parlimen dan rakyat Singapura.

Dengan pelucutan Encik Pritam, Encik Wong telah meminta WP mencalonkan AP lain dari parti tersebut yang boleh mengambil alih jawatan LO yang kini kosong itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg