Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Muzium' mini pendidikan bahasa Melayu

Sep 25, 2018 | 05:30 AM



LEBIH 8,000 judul buku rujukan dan 200 khazanah warisan tersimpan dalam tempat yang mungkin boleh disifatkan sebagai 'muzium mini' pendidikan Melayu di sini.



Pusat sumber di tingkat dua bangunan Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) itu antara lain mempamerkan senjata tradisional, alat muzik, pakaian adat, perhiasan dan alat berkaitan bidang seni.



Umpamanya, pengunjung boleh mengamati lok dan hulu keris panjang Madura dan Tajong Patani; melihat reka bentuk alat muzik rebab, nafiri dan bidur; serta meneliti gobek sirih, cucuk sanggul dan kain songket.



Pusat tersebut, yang juga mempunyai koleksi bahan digital, diharap mampu menyokong sukatan pelajaran yang disampaikan di sekolah, ujar Ketua Guru Pakar di MLCS, Dr Fadilah Isnin.



"Apabila guru melihat barangan dan khazanah dengan mata sendiri, mereka semakin faham sekali gus menambah nilai kepada pengajaran dalam bilik darjah.



"Pelajar pun boleh datang bersama guru bagi mengikuti acara jejak budaya dan menghayati khazanah di sini," ujarnya, ketika ditemui di MLCS, belakang Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan (MOELC), Bishan Street 14, baru-baru ini.



Penubuhan dan perkembangan pusat sumber itu secara keseluruhannya diterajui pengarah MLCS, Encik Mohamed Noh Daipi.



Menariknya, guru yang juga pegawai MLCS menyumbang kepada pusat sumber mengikut bidang kepakaran masing-masing.



Dr Fadilah membimbing guru pakar dan jurulatih pusat manakala guru pakar Rahmat Subadah mengendalikan program pelajar ke pusat sumber dan bahagian teknologi infokom (ICT).



Guru pakar Muhamad Rafi Abu Bakar mengongsi perihal mengarang, pedagogi dan jejak pembelajaran sementara jurulatih pusat Muhammad Jailani Abu Talib mengkaji sisi budaya dan sejarah khazanah.



Seorang lagi jurulatih pusat Elyani Mohamed membina kursus pembelajaran.



Menurut Encik Noh, MLCS ditubuhkan pada Julai 2010. Operasi bermula pada 2011 dalam tiga bilik darjah MOELC.



MLCS kemudian beroperasi sepenuhnya di bangunan baru pada Julai 2013. Bangunan baru itu antara lain memuatkan bilik kuliah dan makmal komputer.



Pelajar pun boleh mendalami sejarah dan budaya Melayu menerusi lawatan pembelajaran ke sana.



MLCS menjalankan Program Jejak Budaya dan peraduan antara sekolah menggunakan aplikasi ICT terbitannya sendiri.



Ketika mengunjungi pusat sumber itu, wartawan rasa terpimpin menghayati falsafah kehidupan orang Melayu - daripada gaya hidup dan muzik kepada akhbar dan sastera. Setiap bahan pameran dilengkapi catatan terperinci dan mudah difahami.



Menurut Encik Noh, mereka mengalu-alukan kedatangan pelajar Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan institut pengajian tinggi lain. MLCS juga menerima pelawat setempat dan luar negara.



April tahun lalu, pusat tersebut menerima lawatan pensyarah dan guru pelatih Institut Pendidikan Keguruan Darulaman Kedah.



Pelawat diberi taklimat berkaitan latar belakang, peranan dan sumbangan MLCS di pusat sumber.



Mereka yang mahu melakukan kajian berkaitan pendidikan, bahasa dan budaya Melayu atau merujuk kepada bahan pusat sumber boleh mengirimkan e-mel dulu ke alamat mohamed_noh_daipi@schools.gov.sg.



Keterangan lanjut juga boleh didapatkan dengan melayari laman malaylanguagecentre.moe.edu.sg atau menghubungi talian 6354-6959.



Senarai bahan rujukan dan ringkasan buku boleh didapatkan dalam laman MLCS.



Setibanya di sana, naik lif ke tingkat dua lalu masuk ke pusat sumber dan daftar nama dengan pembantu pustakawan, Encik Abdul Jalil Marzuki.



Waktu operasi pusat sumber ialah Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang.



Pusat ditutup pada cuti awam dan hujung minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >