Uji Rashid & Hail Amir
Mereka adalah sahabat baik dari zaman bergelar penari hingga ke hari ini. Asalnya, Uji yang nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al-Rashid, menyertai pertandingan Bintang RTM meskipun tidak mencapai sebarang kejayaan. Hail, yang nama sebenarnya, Abdul Hail Amir, juga merupakan pencinta seni. Gabungan mereka yang pernah terlibat dalam dunia lakonan sentiasa ada tarikan semberani.
Titiek Sandhora & Muchsin
Muchsin pernah bergelar penyanyi tetap kumpulan Sriwidjaja Grup dan Gita Bahari Group. Beliau bernikah dengan Titiek Sandhora pada 1972 dengan pasangan ini mempunyai tiga anak, Bobby, Beby dan Bella. Walaupun tidak muncul lagi dengan album baru atau filem, pasangan ini sering diundang membuat persembahan lagu-lagu malar segar mereka di stesen televisyen.
Anang & Krisdayanti
Anang Hermansyah dan bekas isterinya, Krisdayanti, merakam tujuh album duet bersama. Cinta, Kasih, Buah Hati, Makin Aku Cinta, Menuju Terang, Dilanda Cinta dan Sepulih Tahun Pertama adalah tajuk album yang menjadi pujaan peminat mereka. Antara lagu popular mereka adalah Selalu Jatuh Cinta, Makin Aku Cinta dan Rapuh. Selepas mereka berpisah pada Ogos 2009, Anang terus menghasilkan album duet yang tidak kurang hebatnya bersama mantan kekasihnya Syahrini, anaknya Aurelle dan isterinya, Ashanti.
A. Ramlie & Maria Bachok
A. Ramlie dan Maria Bachok merupakan antara pasangan duet serasi yang mendendangkan lagu Kasih Berbunga Sepanjang Musim, Telah Meresap Ke Dalam Jiwa dan Itulah Sayang. Pada 1971, mereka dipertemukan dalam rancangan hiburan televisyen Singapura, Istana Pesta. Dari situ, mereka pernah berumah tangga pada 1972 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marliana.
P. Ramlee & Saloma
Malam Ku Bermimpi, Gelora dan Kalau Jodoh Tak Ke Mana merupakan antara lagu yang membawa kepopularan gandingan duet klasik paling serasi, P. Ramlee dan Saloma. Pasangan suami isteri ini memiliki suara unik yang apabila disatukan mampu membawa pendengar ke alam bunga-bunga cinta. Kerana itu, banyak lagu mereka turut disisipkan dalam filem-filem lama seperti Anak Bapak, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok.