BH dalam format kompak: Wajah baharu, tekad sama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BH dalam format kompak: Wajah baharu, tekad sama

Mar 24, 2026 | 5:30 AM

BH dalam format kompak: Wajah baharu, tekad sama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Nota Editor, BH, kompak, BH wajah baharu
Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (lima dari kiri), dalam salah satu daripada beberapa sesi kumpulan fokus yang diadakan untuk mendapat maklum balas pembaca mengenai rancangan BH beralih daripada format lembaran lebar (broadsheet) kepada saiz kompak. Selain tiga sesi kumpulan fokus, Bh juga telah membuat tinjauan ke atas para pelanggan dan pembaca berdaftar akhbar ini. - Foto fail

Mulai hari ini, Berita Harian (BH) tampil dengan wajah baharu – daripada format lembaran lebar (broadsheet) kepada saiz kompak.

Perubahan ini bukan sekadar dalam bentuk fizikal, tetapi satu langkah penting dalam perjalanan transformasi kami untuk kekal relevan dalam landskap media yang semakin dinamik.

Format kompak ini diperkenalkan hasil maklum balas pembaca yang mahukan naskhah yang lebih mudah dibawa, lebih mesra dibaca dan lebih sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Dengan reka bentuk yang lebih segar dan tersusun, kami berusaha menyampaikan laporan yang lebih ringkas, jelas dan mudah dihadam, tanpa mengorbankan kedalaman analisis serta mutu kewartawanan yang menjadi teras kami.

Namun, perubahan ini melangkaui saiz semata-mata.

Ia mencerminkan komitmen berterusan BH untuk memperkukuh peranan sebagai sumber berita yang dipercayai.

Dalam edisi baharu ini, pembaca boleh menjangkakan kandungan yang lebih pelbagai – daripada laporan mendalam dan komentar, kepada liputan gaya hidup dan integrasi dengan platform digital.

Sejak penubuhannya pada 1957, BH telah menjadi nadi masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Peranan ini kekal tidak berubah. Kami terus beriltizam untuk melaporkan berita dengan tepat, berwibawa dan bertanggungjawab, serta menjadi suara yang mencerminkan aspirasi dan denyut nadi masyarakat.

Kami sedar setiap perubahan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Justeru, kami amat menghargai sokongan berterusan para pembaca sepanjang perjalanan ini.

Teruslah bersama kami dalam lembaran baharu ini – lebih kompak, lebih segar, namun tetap teguh pada nilai yang sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg