Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Perang saudara berpanjangan jadi punca tragedi banjir di Libya

Oct 02, 2023 | 06:00 AM



TRIPOLI: Pada 2007, Libya yang ketika itu dipimpin oleh Kolonel Muammar Gaddafi menganugerahkan kontrak bagi kerja-kerja pembaikan empangan di Derna kepada sebuah syarikat dari Turkey.


Namun, disebabkan isu pembayaran, syarikat itu tidak dapat memulakan kerja-kerja sehingga Oktober 2010, dan terhenti kurang lima bulan selepas revolusi yang membawa kepada kejatuhan Encik Gaddafi.

Namun tiada satu pun pemerintah baru sejak 2011 selepas Encik Gaddafi melaksanakan kerja-kerja pembaikan empangan dengan bajet yang telah diperuntukkan setiap tahun untuk membaiki kedua-dua empangan berkenaan.

Ini walaupun seorang jurutera dan ahli akademik, Encik Abdel Wanis Ashour, memberi amaran dalam kajiannya bahawa malapetaka bakal mengancam Derna jika pihak berkuasa tidak menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kedua-dua empangan tersebut.

Amaran malapetaka bakal mengancam Derna itu tidak diendahkan walaupun Libya mempunyai rizab minyak terkaya di Afrika dan tidak mengalami kekurangan sumber.

Empangan Abu Mansur, yang terletak 13 kilometer dari bandar Derna serta mampu menampung 22.5 juta meter padu air, dilaporkan runtuh pada 10 September lalu.

Ribut Daniel melanda timur Libya serta mencetuskan hujan lebat di kawasan berbukit di Derna, sebelum dua empangan tersebut runtuh dan mengakibatkan 11,300 orang terkorban, 38,640 orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 10,000 lagi mangsa hilang. Seolah-olah ‘kiamat’ telah tiba, gambaran di Libya amat mengerikan.

Dua Perdana Menteri, Satu Negara

Amaran malapetaka itu tidak mendapat perhatian kerana negara Afrika Utara itu diperintah oleh dua pentadbir berseteru, yang telah berjuang untuk mendapatkan kuasa sejak pemberontakan yang disokong oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), sehingga membunuh bekas pemimpinnya, Encik Gaddafi pada 2011. 

Libya telah dibelenggu oleh keadaan tidak selamat sejak Encik Gaddafi digulingkan sehingga meninggalkan satu keadaan perebutan kuasa yang cuba dikuasai oleh kumpulan bersenjata selama bertahun-tahun.

Sejak 2014, Libya terpecah menjadi dua pemerintah yang bersaing, dengan setiap pihak mendapat sokongan daripada pihak antarabangsa dan pelbagai pasukan bersenjata.

Di Tripoli, Perdana Menteri, Encik Abdul Hamid Dbeibah, memimpin pemerintah Libya yang diakui di peringkat antarabangsa.

Sementara di Benghazi, Perdana Menteri saingannya, Encik Ossama Hamad, memimpin pentadbiran timur yang disokong oleh komander tentera yang berkuasa, Jeneral Khalifa Hiftar.

Walaupun kedua-dua pemerintah dan komander timur telah berjanji untuk membantu usaha menyelamat di kawasan yang terjejas banjir, mereka tidak mempunyai rekod kerjasama yang berjaya. Mereka gagal untuk bersatu meskipun ada tekanan dari peringkat antarabangsa.

Pada 2020, kedua-dua pihak berperang tanpa menunjukkan belas ihsan. Pasukan Jeneral Hifter mengepung Tripoli dalam kempen tentera yang gagal selama setahun untuk menguasai ibu kota, yang mengorbankan ribuan nyawa.

Pada 2022, pemimpin timur terdahulu, Encik Fathi Basagah, cuba untuk menempatkan pemerintahannya di Tripoli sebelum pertempuran dengan pasukan tentera telah memaksanya untuk mengundur diri.

Sokongan dari kuasa-kuasa serantau dan dunia telah memperdalam permisahan kuasa di Libya.

Pasukan Hifter disokong oleh Mesir, Russia, Jordan dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), manakala pentadbiran Libya barat disokong oleh Turkey, Qatar dan Italy

Meskipun UAE, Mesir dan Turkey semuanya membantu dalam upaya menyelamat namun operasi kerja-kerja menyelamat masih sukar untuk mendekati Derna.

Penganalisis kanan di Kumpulan Krisis Antarabangsa di Libya, Cik Claudia Gazzini, berpendapat masalah operasi menyelamat mangsa banjir sebahagiannya adalah disebabkan masalah logistik namun ketegangan politik juga memainkan peranan besar.

“Usaha antarabangsa untuk menghantar pasukan penyelamat perlu melalui kerajaan yang berpangkalan di Tripoli,” kata Cik Gazzini.

Ini bermakna kebenaran untuk membenarkan bantuan di dalam kawasan yang paling terjejas perlu diluluskan oleh pihak berkuasa saingan

Banjir ini merupakan salah satu daripada siri masalah yang timbul akibat keadaan tanpa undang-undang di negara tersebut.

Demonstrasi meletus di seluruh Libya apabila berita tentang pertemuan rahsia antara Menteri Luar Libya dengan Israel tersebar. Perdana Menteri Libya, Encik Abdul Hamid, menggantung jawatan menteri luarnya, Cik Najla al-Mangoush, selepas beliau bertemu secara tidak rasmi dengan rakan sejawatannya dari Israel.

Libya tidak mengiktiraf Israel kerana Tripoli menyokong perjuangan Palestin dan pertemuan itu mencetuskan bantahan rakyat.

Kumpulan pengganas

Namun, kekayaan minyak Libya tidak banyak membantu rakyatnya. Pengeluaran minyak mentah, eksport terpenting Libya, kadang-kadang terganggu dek sekatan dan ancaman keselamatan.

Derna, yang banyak dibina semasa zaman penjajahan Italy pada separuh pertama abad ke-20, dikenali dengan rumah-rumah pantai putih dan taman-taman kelapa.


Dari bandar yang indah kepada Derna melahirkan kumpulan pengganas di Libya dan menjadi pusat untuk kumpulan ekstremis.

Pada 2017, pesawat tentera udara Mesir melancarkan serangan ke atas kem di Libya, yang didakwa menjadi tempat latihan militan yang membunuh puluhan penduduk Kristian

Seperti bandar-bandar lain di timur negara, Libya belum melihat banyak pembinaan atau pelaburan sejak kejatuhan Encik Gaddafi yang banyak membangunkan prasarana moden.

Menurut pakar Libya yang berpangkalan di London, Encik Jalel Harchaoui, Jeneral Hiftar melihat penduduk bandar dengan rasa curiga, dan enggan memberi terlalu banyak kebebasan kepada mereka sehingga ketidakpercayaan ini mungkin membawa bencana dalam tempoh pasca bencana yang akan datang, kata Encik Harchaoui.

Kuasa Barat buat masa ini lebih cenderung untuk tidak campur tangan tetapi sebaliknya mahu kumpulan yang bertelegah di Libya mencari jalan perdamaian yang terbaik.

Ini walaupun kuasa Barat mengetahui sejak Encik Gaddafi digulingkan, Libya ditadbir oleh kerajaan yang lemah dengan ketiadaan pemimpin yang berkarisma untuk menyatukan negara itu.

Akhirnya akibat perselisahan dan perseteruan ini, telah meletus semula pergolakan dan perang saudara baru di Libya yang sehingga ke hari ini masih berterusan dan menafikan kedamaian dan kesejahteraan yang dijanjikan setelah tamat era rejim Encik Gaddafi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >