Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Perjalanan pemulihan pesalah penuh cabaran... tapi dia tak keseorangan

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



PERJALANAN pemulihan seseorang pesalah tidak berakhir apabila beliau tamat menjalani hukuman penjaranya.



Namun ia berterusan hingga setelah dibebaskan.



Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) bekerjasama dengan badan-badan masyarakat untuk menguatkan sokongan yang berterusan bagi para bekas pesalah di dalam masyarakat.



Pada bulan ini, saya akan mengongsi mengenai kerjasama kami dengan rumah peralihan pesalah (HWH).



HWH telah ditubuhkan seawal tahun 1970-an oleh badan-badan masyarakat daripada pelbagai kaum agama seperti penganut agama Buddha, Islam, Hindu dan Kristian untuk membasmi masalah penyalahgunaan dadah di Singapura.



HWH memberi persekitaran yang selesa untuk para bekas pesalah dadah menjalani pemulihan.



Kebanyakan HWH ini telah pun beroperasi sebelum bekerjasama dengan pihak kementerian di bawah skim SPS HWH pada tahun 1995.



Hari ini, SPS berganding bahu dengan HWH melalui Model Perkhidmatan Rumah Peralihan (HSM).



Dilancarkan pada 2010, para pesalah yang layak mengikuti Program Berasaskan Masyarakat (CBP) akan menjalani penghujung hukuman penjara mereka di HWH sebagai persiapan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.



Di sana mereka dapat mengikuti program-program pemulihan yang berstruktur seperti kaunseling dan latihan kemahiran supaya dapat meningkatkan kelayakan dan persediaan mereka untuk mendapatkan pekerjaaan yang sesuai.



Pada masa ini, terdapat sembilan HWH di bawah naungan HSM. Mereka terdiri daripada Breakthrough Missions, Green Haven, Hindu Endowment Board (HEB)-Ashram HWH, Jamiyah HWH, Pertapis HWH, Teen Challenge (Singapore), The Helping Hand, The Turning Point dan HWH yang baru diumumkan untuk pesalah wanita yang akan dikendalikan PPIS.



SPS juga mengendalikan Selarang HWH untuk para pesalah di bawah Skim Penjagaan Lanjut Mandatori (MAS) dan CBP.



Dalam masa setahun yang lalu, saya telah berpeluang melawat beberapa badan masyarakat termasuk rumah peralihan pesalah untuk memahami tentang keperluan bekas pesalah dan keluarga mereka, dan juga program-program dan khidmat-khidmat yang disediakan untuk mereka di dalam masyarakat.



Saya terkesan dengan usaha baik dan komitmen para kakitangan dan relawan daripada badan-badan masyarakat yang saya lawati.



Ini adalah usaha yang tidak mudah dan saya amat menghargai keazaman mereka dalam cuba memperbaiki kehidupan bekas pesalah.



Saya juga terharu melihat bekas pesalah kembali ke rumah peralihan sebagai kakitangan atau relawan untuk menyumbang kepada masyarakat dengan memberi bimbingan dan dorongan kepada pesalah yang sedang menjalani program pemulihan di HWH itu.



SOKONGAN BERTERUSAN DARIPADA MASYARAKAT



Rumah Peralihan Pesalah Jamiyah dan Pertapis memberi sokongan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutama bekas pesalah dan keluarga mereka.



Dalam lawatan saya ke dua rumah peralihan itu pada awal tahun ini, saya mendapati bahawa kemudahan dan program yang dikendalikan mereka berasaskan keperluan dan kefahaman tentang para penghuni di sana.



Saya juga dapat melihat kesungguhan dan keihsanan para kakitangan dan relawan dalam melaksanakan tugas mereka.



Rumah Peralihan Pesalah Jamiyah memberi para penghuni mereka rawatan pemulihan yang menyeluruh supaya dapat menyediakan mereka kembali semula kepada masyarakat.



Usaha ini termasuk inisiatif yang menggunakan seni dan terapi muzik, dan program Family Excellence Circle yang dianjurkan Mendaki untuk memperkuatkan hubungan keluarga mereka.



Jamiyah juga telah melancarkan inisiatif Project Happiness untuk memberi para penghuni mereka peluang menyumbang semula kepada masyarakat dengan menolong mengubah elok rumah keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan sebagai persediaan untuk menyambut hari perayaan.



Ini termasuk membantu mengecat, memberi perabot baru, barang hiasan dan jamuan Raya.



Saya telah berpeluang mengikuti Pengerusi Rumah Peralihan Jamiyah, Dr Isa Hassan, serta beberapa penghuni menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk mempersembahkan rumah yang telah diubah elok kepada penerima bantuan Project Happiness ini, Encik Mohammed Anis Adam.



Encik Mohammed Anis menyara hidup isterinya yang mengalami hemiparesis di mana sebahagian daripada badannya tidak berupaya untuk bergerak seperti biasa.



Beliau juga berusaha gigih untuk membimbing dan membesarkan kededua anak mereka yang masih di bangku sekolah.



Beliau amat bersyukur atas bantuan Jamiyah HWH.



Saya dapat lihat kegigihan para penghuninya dalam ingin membantu mereka yang memerlukan.



Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menyaksikan bagaimana inisiatif ini telah dapat memberi manfaat kepada mereka yang tidak berkemampuan tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.



Rumah Peralihan Pesalah Pertapis telah ditubuhkan untuk membantu penghuni mereka menjauhkan diri daripada kegiatan yang tidak bermanfaat dan penyalahgunaan dadah.



Mereka memberi sokongan kepada penghuni dan keluarga mereka pada setiap fasa pemulihan.



Salah satu program yang dikendalikan Rumah Peralihan Pesalah Pertapis adalah New Spice Up (NSU) di mana para penghuni akan melalui kegiatan-kegiatan untuk memperbaiki diri dan hubungan bersama keluarga.



Ini dapat menyediakan mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.



Saya ingin mengongsi kisah Amir (bukan nama sebenar), salah seorang peserta NSU.



Semasa Amir menjalani program pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) buat kali keempat, hubungan beliau bersama anak-anaknya menjadi renggang.



Mereka tidak lagi percaya bahawa Amir boleh berubah kerana telah sering keluar masuk penjara.



Namun, kursus sijil kayak yang termasuk dalam program NSU telah memberi peluang kepada Amir untuk memperbaiki hubungan dan kepercayaan bersama keluarganya.



Di akhir masanya di rumah peralihan Pertapis, hubungan Amir bersama anak-anaknya telah rapat semula.



Beliau juga telah mendaftarkan dirinya bersama anak perempuannya ke Program Sarjana Muda dalam psikologi di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).



Dalam tempoh dua tahun, mereka berdua akan tamat pengajian dan meraih ijazah bersama.



Mereka ingin menyumbang kepada masyarakat dengan ilmu dan kelayakan mereka itu.



Saya mendoakan supaya mereka berjaya dalam mencari ilmu dan hubungan mereka anak-beranak.



RUMAH PERALIHAN PESALAH WANITA YANG AKAN DATANG



Pada tahun lalu, lebih 3,000 pesalah telah menjalani Program Berasaskan Masyarakat (CBP).



Ini adalah kenaikan sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Kita boleh menjangkakan peningkatan dalam jumlah ini bagi beberapa tahun yang akan datang.



Rumah peralihan pesalah memberi sokongan kepada sebilangan para pesalah yang akan kembali semula kepada masyarakat melalui program CBP.



Tambahan ini, rumah peralihan pesalah wanita yang kedua dijadualkan beroperasi pada 2023.



Persatuan Pemudi Islam Singapura telah bekerjasama dengan SPS sejak 2019 untuk menubuhkan rumah peralihan ini yang akan dapat menampung dan memberi sokongan berterusan untuk bekas pesalah wanita dalam masyarakat.



Saya amat bersyukur kepada rumah peralihan pesalah dan masyarakat kerana telah memberi sokongan kepada bekas pesalah dalam usaha pemulihan mereka.



Saya juga gembira melihat ramai bekas pesalah bekerja keras untuk memperbaiki diri mereka.



Mari kita mengambil peduli sesama kita supaya dapat mencegah penglibatan dalam jenayah.



Perjalanan pemulihan tidak mudah.



Oleh itu, kepada para pesalah dan bekas pesalah, saya ingin mengingatkan bahawa anda tidak keseorangan dalam perjalanan ini.



Kami sentiasa bersama anda untuk mengharungi cabaran dan rintangan hidup.




  • Penulis Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >