Minggu ini, pada 11 hingga 13 September, Ketua Gereja Katolik dan pemimpin Kota Vatican, Paus (Pope) Francis akan mengadakan lawatan ke Asia-Pasifik.

Singapura merupakan satu antara tiga negara persinggahan beliau. Sebagai ketua Gereja Katolik sedunia dengan pengikut seramai 1.3 bilion, lawatan ini sangat penting untuk wajah agama di mata dunia.