Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pusat Sukan Delta dibuka semula

May 29, 2023 | 06:25 PM



PENDUDUK kini boleh menikmati kemudahan di Pusat Sukan Delta yang dibuka secara rasmi pada 21 Mei.

Ia termasuk sebuah gimnasium seluas 1,000 meter persegi yang tiga kali lebih besar daripada dulu, empat gelanggang futsal baru, dan lebih banyak gelanggang tenis meja.

Kemudahan yang terletak di Tiong Bahru Road dan ditutup untuk pengubahsuaian sejak 2019, kini mempunyai sebuah padang hoki, tiga kolam renang, satu daripadanya mempunyai tanjakan untuk warga emas dan golongan kurang upaya.

Terdapat sesi percubaan untuk pelbagai Sukan Para yang akan diadakan di Pusat Sukan Delta setiap suku tahun.

Encik Timothy Lim, 29 tahun, dan isterinya, Cik Cheryl Lim, 27 tahun, pernah melawat Pusat Sukan Delta semasa mereka di sekolah menengah untuk kelas renang, tetapi tidak kembali selama beberapa tahun.

Tetapi, mereka merancang untuk menggunakan gimnasium tersebut, kerana ia tidak mahal. Golongan dewasa yang merupakan warga Singapura atau penduduk tetap (PR) hanya membayar $2.50 untuk memasuki gimnasium awam ActiveSG.

Encik Lim, seorang kakitangan bank, berkata:

“Pusat sukan ini dekat – hanya satu stesen MRT dari rumah dan lima minit berjalan kaki – dan kemudahan yang disediakan baik, jadi kami sedang merancang untuk mengunjungi pusat ini sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.”

Ketua ActiveSG, Encik Tan Hock Leong, berkata pembukaan semula Pusat Sukan Delta penting kerana Pusat Sukan Queenstown telah ditutup dan akan menjalani pengubahsuaian hingga 2025.

Padang hoki, yang telah menjadi hos buat pasukan nasional Singapura sejak 1991 sebelum mereka beralih ke Sengkang pada 2010, akan digunakan sebagai tempat bagi program Akademi Hoki ActiveSG.

Beliau menambah: “Majlis Sukan Singapura (SportSG) akan memastikan yang kemudahan disediakan inklusif, murah, dan mudah diakses bagi memberi warga Singapura peluang untuk menikmati sukan.

“Sekali-sekala, kami mungkin akan mengadakan perubahan bagi kemudahan lama, untuk memastikan yang ia kondusif dan sesuai untuk penduduk.”

SportSG pada Februari telah mengumumkan rancangan bagi pembangunan bersepadu Toa Payoh, dijangka siap pada 2030.

Tapak seluas 12 hektar itu akan mempunyai sebuah pusat sukan serantau, poliklinik, perpustakaan awam dan taman bandar serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >