Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sebab anak muda hadapi masalah kesihatan mental

Setiap tahun, Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia diadakan bagi mempromosi dan memberi kesedaran mengenai kesihatan mental, langkah dan cara pencegahan dan banyak lagi kepada masyarakat. BERITA HARIAN memaparkan Kelab Heal yang membantu individu dalam menangani kesihatan mental.
Oct 17, 2022 | 05:30 AM



BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan berita peningkatan jumlah anak muda yang menghadapi masalah kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan dan psikosis.



Antara statistik yang membimbangkan termasuk perangkaan kejadian bunuh diri.



Misalnya, walaupun jumlah keseluruhan orang yang mengambil nyawa sendiri merosot pada tahun lalu (2021), tidak demikian halnya dengan jumlah belia yang melakukan demikian, dengan jumlah dalam kalangan mereka berumur antara 10 tahun dengan 29 tahun mencapai ke paras tertinggi iaitu 112, peningkatan sebanyak 11 orang jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.



Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?



FAKTOR RISIKO



Faktor yang meningkatkan risiko mendapat masalah kesihatan mental termasuk tekanan, trauma, kehilangan, penyakit fizikal, penagihan dan sejarah penyakit dalam anggota keluarga.



Saya berpendapat bahawa anak muda kita menghadapi lebih banyak tekanan seperti ketidakpastian ekonomi, perubahan iklim, cabaran pembelajaran dan pekerjaan serta perubahan yang berlaku dengan lebih pesat pada diri mereka dari segi fizikal dan emosi.



Anak muda juga lebih terdedah kepada trauma yang boleh berlaku dalam keluarga jika terjadinya penderaan, keganasan atau perceraian.



Di sekolah dan di alam siber, ada pula yang kemungkinan menjadi mangsa pembulian.



Jika terjadi kehilangan seperti kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa atau sahabat karib, anak muda mungkin lebih terjejas daripada kehilangan yang berlaku, terutama sekali jika perkara itu tidak dijangka.



FAKTOR PELINDUNG



Faktor yang boleh melindungi anak muda kita daripada berlakunya masalah kesihatan mental termasuk gaya hidup sihat, adanya orang yang boleh dipercayai yang boleh anak itu mendapatkan nasihat atau berkongsi masalah yang dihadapi, berfikiran positif, jalinan perhubungan yang baik dan yang terpenting sekali, mempunyai hala tuju hidup yang jelas dan bermakna.



Jelaslah kini, jika anak muda itu tidak mempunyai faktor pelindung tersebut, dia lebih berisiko mempunyai masalah kesihatan mental.



Penting juga untuk seseorang itu mendapatkan pertolongan dari awal jika terdapat tanda-tanda awal seperti perasaan sedih, perasaan resah gelisah, sukar tidur, ketidakceriaan dan tidak selesa bergaul dengan orang sekeliling dan mengurung diri di dalam bilik tidur.



STIGMA



Stigma terhadap masalah kesihatan mental masih menjadi batu penghalang utama buat anak muda serta ahli keluarga mereka untuk mendapatkan pertolongan awal.



Kewujudan badan kemasyarakatan seperti Kelab Heal amat penting supaya dengan contoh belia yang telah berjaya mendapatkan rawatan dan pemulihan yang berkesan daripada badan-badan ini, akan terdorong pula belia lain turut tampil untuk mendapatkan rawatan.



Pada masa yang sama, penting bagi masyarakat secara keseluruhannya diberi maklumat yang tepat tentang hakikat masalah kesihatan mental, iaitu ia boleh ditangani dengan baik dengan syarat mereka tidak putus harap, mereka memperkasakan diri sendiri dengan ilmu yang bermanfaat, mereka reda akan cabaran kesihatan mental yang melanda dan yang terpenting, mereka segera mendapatkan kasih sayang dan sokongan daripada keluarga dan teman dalam menangani masalah.



EMOSI DAN MINDA BOLEH MENJEJAS KESIHATAN FIZIKAL



Penting sekali bagi anak muda berjaya mendapatkan emosi dan minda yang sihat kerana itu akan memberi impak kepada kesihatan fizikal mereka juga.



Misalnya, jika berdepan dengan perasaan resah gelisah yang berpanjangan, anak muda itu boleh mengalami gejala fizikal seperti degupan jantung yang cepat, kulit gatal-gatal, rasa sakit di dada, sakit perut dan mual-mual, pening kepala dan ketegangan otot terutama pada bahagian leher dan belakang.



Perasaan murung pula boleh membuat seseorang itu menjadi lesu dan lemah, tidak berselera makan dan terbaring di atas katil.



Lebih bahaya lagi, jika belia itu cuba menenangkan perasaannya dengan pengambilan benda-benda bahaya seperti rokok atau alkohol. Dia berisiko bukan hanya menjadi murung malah terjerumus ke lembah ketagihan.




Penulis Presiden Kelab Heal sejak 2012 dan merupakan seorang doktor keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >