Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Suara generasi muda tentang masyarakat Melayu kontemporari

Jun 18, 2018 | 05:30 AM



BUKU kompilasi esei, Budi Kritik, menampilkan suara generasi muda tentang masyarakat Melayu kontemporari.



Esei-esei ini menyentuh isu-isu daripada budaya kepada agama, identiti kepada kesusasteraan, kepercayaan kepada sosiopolitik dengan tujuan menggalakkan daya berfikir dan mencabar perspektif dominan.



Buku yang diterbitkan bersama oleh The Literary Centre dengan The Reading Group dilancarkan baru-baru ini di Taman Warisan Melayu dengan sebuah panel perbincangan diadakan bersama salah seorang editor buku ini iaitu Cik Nurul Fadiah Johari dan Profesor Syed Farid Alatas daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).



The Reading Group merupakan kumpulan perbincangan dan rangkaian informal yang menyokong wacana kritikal terhadap Islam kontemporari dan pemikiran intelektual Melayu.



Cik Nurul Fadiah yang bekerja sebagai pembantu penyelidik di Pusat Penyelidikan Perkhidmatan Sosial NUS, berkongsi bahawa buku ini memberi peluang kepada yang muda dan baru dalam The Reading Group menyuarakan pendapat mereka yang segar.



Buku ini terbit kerana kekurangan wacana intelek dalam masyarakat Melayu lantas ia bertujuan mengisi kekosongan itu. Isu-isu yang diketengahkan bukan sahaja dihadapi oleh masyarakat Melayu malah relevan pada peringkat nasional, serantau dan global.



Profesor Syed Farid, daripada Jabatan Sosiologi NUS, berkongsi bahawa buku ini menyajikan pandangan yang tidak semestinya sebahagian daripada pandangan arus perdana.



Sebagai contoh, katanya, idea Islam Nusantara yang merupakan Islam tradisional dalam Dunia Melayu sangat dipengaruhi oleh tradisi Sufi. Ramai penulis berpendapat bahawa Islam di Singapura hari ini sedang bergerak jauh daripada pemahaman sufistik tradisional tentang Islam. Dengan menonjolkan isu-isu seperti Islam Nusantara, para penulis berharap generasi muda menjadi lebih berminat dengan akar Islam di rantau ini.



Profesor Syed Farid juga menambah bahawa buku ini juga menyentuh isu-isu lain yang dilihat seperti sensitif apabila ia menyentuh tentang sektarianisme, idea tentang feminisme Islam, tentang pluralisme dengan ada dalam kalangan kaum Muslimin yang menganggap perkataan ini menjadi perkataan "kotor". Para penulis tidak takut menangani isu-isu sensitif sebegini demi memberikan perspektif baru. Ini juga sebagai tanda kemunculan kumpulan intelektual Melayu yang peka terhadap apa yang sedang berlaku dengan masyarakat Melayu/Islam.



Acara ini juga dihadiri oleh Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim, yang berpendapat bahawa buku ini merupakan suatu permulaan dan usaha yang baik daripada generasi muda. Beliau tidak menganggap buku ini sebagai wacana alternatif malah ia menyusun beberapa pendapat yang sudah mula dibincangkan dalam masyarakat Melayu Islam tentang beberapa cabaran yang dihadapi.



"Saya mengalu-alukan usaha ini kerana saya fikir ia akan mencetuskan perbincangan lanjut tentang beberapa isu ini supaya kita dapat memahami lebih mendalam dan membongkar beberapa cabaran tentangnya dan apakah penyelesaian yang mungkin kita mahu laksanakan untuk masyarakat kita," katanya sambil menjelaskan bahawa antara isu besar yang boleh dikupas ialah tentang isu berbilang masyarakat (diversity), konservatisme agama dan identiti.



Dr Yaacob berpendapat perkara yang perlu dijelaskan dan padanya sangat penting ialah apabila perbincangan terhadap konservatisme dimulakan akan ada label seperti liberalisme yang padanya sesuatu yang tidak sihat.



"Apa yang kita perlukan ialah perbualan yang sihat dalam kalangan semua pihak termasuk golongan elit agama supaya kita dapat memahami lebih baik. Kenapa kita bimbang tentang peningkatan konservatisme adalah kekurangan rasa hormat terhadap berbilang masyarakat," jelasnya lagi sambil menambah bahawa keadaan ini berbahayabagi agama dan negara kita. Oleh itu, ia satu topik yang memerlukan banyak perbincangan dan perlu kesedaran awam.



Bagi isu identiti pula, Dr Yaacob berpendapat ia isu yang sedang dihadapi oleh kalangan orang muda dan perlu dikupas dengan lebih lanjut terutama tentang pengertian menjadi Melayu/Islam Singapura.



Antara penulis muda yang menyumbang esei mereka ialah Encik Mohd Suhaile, pelajar sarjana muda dalam kursus Sosiologi dengan Politik di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang menulis tentang bagaimana Islam tidak boleh dilihat sebagai entiti monolitik, dan Cik Nur Diyana Abdul Kader, pustakawan penyelidikan, yang menyentuh tentang perhubungan silang agama di Singapura.



Buku ini juga memberi peluang kepada penulis seberang Tambak seperti Cik Victoria Cheng, aktivis dari Malaysia, dengan berkongsi pendapatnya tentang perhubungan antara Islam dengan politik negara dalam konteks Malaysia.




BUDI KRITIK



Budi Kritik boleh dibeli menerusi:



- www.ethosbooks.com.sg

- Kinokuniya

- Wardah Books



Harga $22 (sebelum GST)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >