Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Terus pecahkan siling kaca bangun kerjaya wanita

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



Wanita memainkan berbagai peranan di dalam ekosistem kekeluargaan dan ekonomi. Dengan alam digital yang berkembang pesat, sebagai pekerja wanita, kita harus bersaing bukan hanya dengan pekerja wanita sahaja malah dengan generasi muda yang mempunyai daya saing amat tinggi.

Berdasarkan data Kementerian Tenaga Manusia pada 2022, kadar pekerjaan bagi wanita berusia 25 hingga 64 tahun berada di paras 76.2 peratus dan ini adalah satu trend yang sangat menggalakkan.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa seramai 260,000 wanita tidak dapat keluar bekerja kerana memikul tanggungjawab penjagaan keluarga termasuk penjagaan warga emas?

Di dalam pendapatan berganda, wanita lebih lima kali ganda memegang tanggungjawab pengurusan rumah tangga.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, sembilan daripada 10 rakyat Singapura bersetuju dan berpendapat bahawa kerja rumah boleh dikongsi bersama pasangan suami isteri, tetapi realitinya ia berbeza!

Kajian mendapati bahawa lebih ramai wanita memikul tanggungjawab mengurus rumah dan pakaian, manakala lelaki pula menjaga pembaikan rumah dan pengurusan peranti teknologi – yang merupakan bukan tugas harian mereka!

Dalam pada itu, Kesatuan sekerja NTUC Women and Family (WAF) ada melakarkan ‘Women Supporting Women’ daya usaha di seluruh Singapura di 10 kawasan undi, satu Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan Yayasan Mendaki.

Pada masa ini, NTUC-WAF mempunyai 120 mentor dan 130 menti. Ini adalah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan kerana pihak NTUC-WAF dapat menarik minat wanita supaya dapat melebarkan sayap dan menukar minda mereka demi peningkatan daya kerja dan kerjaya mereka sendiri.

Di dalam inisiatif ini, saya sebagai mentor dapat melihat kesungguhan menti – menti saya yang menginginkan kelainan di dalam pekerjaan mereka.

Ramai wanita menginginkan pekerjaan, tetapi peluang itu tidak dapat mereka gapai kerana faktor usia dan waktu bekerja yang tidak fleksibel.

Adakalanya, mereka berasa hambar untuk meneruskan usaha mencari pekerjaaan kerana kerap ditolak dan berhadapan diskriminasi. 

Sebagai maklum balas daripada menti saya, ada juga majikan yang sangat berani bertanya sama ada mereka merancang untuk mengandung dan waktu kerja tetap yang tidak fleksibel.

Saya beranggapan bahawa majikan sedemikian sangat berfikiran kuno dan tidak dinamik.

Sebenarnya, bekerja secara fleksibel ini tidak bermakna hanya bekerja dari rumah. Bekerja fleksibel merangkumi beberapa aspek seperti masa, lokasi dan beban kerja yang fleksibel.

Sebagai contoh, majikan boleh memperkenalkan masa yang fleksibel melalui penerapan penjadualan yang kreatif, kerja sambilan, masa berperingkat dan juga pilihan pekerja hari cuti.

Walaupun secara am bekerja secara fleksibel adalah norma baru ekoran Covid-19, masih banyak majikan yang masih ragu untuk mengekalkan aturan kerja sebegini. Ini adalah kebimbangan dan rasa kurang percaya majikan terhadap pekerja mereka.

Lebih-lebih lagi garis pandu untuk Covid-19 sudah dilonggarkan.

Pada pandangan saya, majikan harus meneruskan sikap terbuka dan meningkatkan kepercayaan mereka seperti ketika sekatan Covid-19, dua tahun lalu. Kerana pada masa itu, bekerja fleksibel terbukti berkesan dan boleh dilaksana dengan jayanya.

Sebagai wanita yang ingin berkerjaya, saya rasa kita harus mampu mengambil langkah berani untuk mencapai matlamat hidup kita dan membantu membina ekonomi keluarga.

Tanpa kita sedari, sebenarnya wanita adalah insan yang sangat kuat yang boleh melakukan pelbagai perkerjaan dalam satu masa. Sifat ingin tahu dan keazaman itulah kekuatan kita sebenarnya!

Usah takut mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi di dalam ekonomi yang berteraskan ilmu dan dunia digital. Sambut dan ambil setiap peluang yang ada sebagai satu batu loncatan untuk kita bersaing maju bersama.

Sebagai wanita, kita harus mampu berdikari dan menyuarakan hak kita.

Ingat! Martabat seorang wanita adalah tinggi dan memiliki hak khusus dan harus dimuliakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >