Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Usaha 4PM bangun belia Melayu demi nusa dan bangsa

Aug 20, 2023 | 05:30 AM



“Hampir semua perkara yang hebat telah dilakukan oleh belia.”


Demikian ungkapan kata-kata mendiang Benjamin Disraeli, mantan Perdana Menteri United Kingdom 1868, 1874-1880, dalam bukunya, Coningsby, etc’. 

Suara belia penting kepada pembangunan sesebuah negara. Belia merupakan harapan masa hadapan nusa dan bangsa. Bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’.

Justeru, program-program yang menyemarakkan semangat belia dan merealisasikan impian mereka untuk berbakti kepada masyarakat dan negara amat penting.

Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya 

Melalui program-program pembentukan diri, sesebuah organisasi dapat membentuk keyakinan diri seseorang, dan membangunkan golongan pemimpin dan pelapis.

Pucuk kepimpinan muda bukanlah sesuatu yang baharu. Seperti badan-badan bantu diri dan juga Melayu/Islam yang lain, Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) juga tidak ketinggalan dalam melakar dan melaksanakan usaha memupuk kepimpinan pelapis daripada golongan belia.

Usaha ini penting untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dan memastikan hala tuju sesebuah pertubuhan melalui perspektif berbeza dan relevan.

Justeru, 4PM giat menganjurkan aktiviti dan program yang mencungkil bakat dan menggilap potensi individu. Program seperti Siri Santai dan Dialog Menteri memberi ruang dan peluang kepada para belia Singapura menyuarakan pendapat mereka perihal isu-isu dalam dan luar negeri. 

Antara isu yang dibentangkan dan dibincangkan ialah Aspirasi Belia, Kesan Sosial Covid-19 ke atas Singapura, Kesihatan Mental dan sebagainya.

Sejak 2018, 4PM telah menganjurkan tujuh Siri Santai. Seramai 60 sukarelawan dan 200 belia telah menghadiri Siri Santai secara fizikal dan maya.

Para belia yang menghadiri Siri Santai bukan sahaja mendapat manfaat melalui program tersebut, malah mereka juga dapat meluahkan pendapat mereka berhubung isu-isu yang diketengahkan.

Program seperti Projek bITE pula diwujudkan untuk memupuk sifat belajar sepanjang hayat, membina kemahiran dan menggilap bakat terpendam dalam kalangan para pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Program-program ini dibangunkan dan dirancangkan bersama para belia untuk mendapat sudut yang akan memberi kesan mendalam bagi rakan sebaya mereka. 

Projek bITE telah diusahakan lebih sedekad lalu dan telah memberi manfaat kepada lebih 30,000 pelajar ITE. Projek bITE dibahagikan kepada tiga cabang – FRENZ, GEMS dan Kelab Bestari. 

FRENZ merupakan program yang membimbing para pelajar ITE yang berisiko secara menyeluruh dan menerusi rangka kerja Pembangunan Belia Positif. Mentor akan dipadankan dengan pelajar ITE.

Program FRENZ diharap dapat mendewasakan minda para pelajar supaya menjadi golongan belia yang matang, bertanggungjawab dan bermanfaat.

Semasa kunjungan Presiden Halimah Yacob ke 4PM tahun lalu, beliau menghargai sumbangan para sukarelawan 4PM di program FRENZ mentoring yang giat membimbing dan menyokong perkembangan sosioemosi belia berisiko untuk meneruskan pelajaran.

GEMS pula bertujuan memupuk dan membangunkan semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar melalui menjalankan aktiviti pro-sosial yang bermakna membangunkan kemahiran dan minat mereka.

Ia diharap dapat Membimbing, Memperkasa, Memotivasikan dan Menyokong mereka melalui perjalanan sukarela mereka bersama kami dengan menyediakan platform untuk menjadi sukarelawan dalam beberapa projek 4PM supaya mereka meraih lebih banyak pengalaman dalam persekitaran perkhidmatan sosial.

Kelab Bestari ialah program penglibatan progresif yang memberi mereka peluang menyumbang kepada masyarakat.

Perjalanan mereka sebagai Bestarian melangkaui kecemerlangan akademik.

Selepas dianugerahkan Anugerah Bestari, 4PM berhasrat untuk terus mencipta lebih banyak peluang kepada rakan-rakan Bestarian untuk mengalami, membangun dan berkembang melalui program pembangunan dan bimbingan belia kami.

Di majlis Anugerah Bestari 4PM yang dianjurkan pada 2021, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata inisiatif seperti anugerah Bestari dan Kelab Bestari adalah antara pemacu yang dapat membolehkan setiap pelajar merealisasikan keupayaan mereka dengan sepenuhnya.

Beliau menambah bahawa, “menerusi usaha ini, kami yakin dapat membangunkan pemimpin yang mahir, dan bermotivasi dalam kalangan anda (pemenang anugerah).”

Menggilap Potensi Melalui Pembangunan Belia Positif

Merujuk kepada artikel yang diterbitkan di Berita Harian pada 11 Jun lalu, 4PM telah melahirkan rangka EDGES yang membuka ruang kepada para belia membangunkan potensi dan menyemarakkan penglibatan mereka untuk terus menyumbang kepada masyarakat. Salah seorang sukarelawan yang telah mendapat manfaat daripada rangka EDGES itu ialah Cik Nazurah Hamid.


Cik Nazurah merupakan antara penerima anugerah pelajar cemerlang Bestari pada 2017 yang masih aktif bergiat bersama 4PM hingga kini. Selepas menamatkan kursusnya di ITE, beliau melanjutkan pelajaran ke Politeknik Temasek dan memperolehi diploma dalam bidang Green Building & Sustainability.

Beliau melanjutkan pelajaran ke menara gading pada Ogos. Walaupun sibuk dengan pengajian, Cik Nazurah aktif dalam kegiatan-kegiatan di 4PM.

Sebagai ahli jawatankuasa (AJK) bagi Anugerah Bestari, beliau memikul tugas merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkesan buat belia yang akan merentas perjalanan yang serupa dengan beliau.

Cik Nazurah juga aktif dalam program lain seperti Siri Santai, Ramadan On Wheels, dan terlibat sama dalam persiapan untuk meraikan sambutan 4PM ke-75 tahun. 

Dengan suasana yang selamat dan membina di 4PM, Cik Nazurah yang asalnya seorang yang pendiam telah berkembang menjadi seorang yang yakin diri, berani dan selesa ke depan.

Atas dedikasi yang beliau berikan kepada menti di bawah naungannya, Cik Nazurah dipilih sebagai salah seorang penerima bagi Anugerah Penghargaan Relawan di acara ‘Tribute to Volunteer’ tahun lalu.

“Pengiktirafan yang diberikan oleh 4PM, ialah bukti nilai dan kepercayaan organisasi terhadap saya.

“Motivasi dan semangat kesukarelawanan saya di 4PM didorong teman-teman seperjuangan sejak 2017. Sewaktu mula berjinak-jinak dengan kesukarelawanan, mereka memberi saya perangsang dan ini membuat saya berasa sangat selesa untuk terus berkhidmat sebagai seorang sukarelawan,” kata Cik Nazurah.

Konsep ‘Daripada Belia untuk Belia’ mewujudkan kepentingan dalam membina masa depan yang gemilang bagi generasi muda. Salah satu cara untuk menggambarkan konsep ini ialah melalui pembangunan belia, terutama dalam bidang kepimpinan yang perlu diberikan perhatian dan tumpuan sewajarnya.

Generasi belia hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan perubahan yang kerap berlaku secara mendadak. Faktor seperti kemajuan teknologi dan keadaan global juga mencetuskan impak yang ketara pada pengalaman dan perspektif seorang belia.

Justeru, pembangunan belia dengan asas yang kukuh boleh menjamin masa depan para belia. Melalui program-program seperti yang dianjurkan 4PM, ia dapat melahirkan para belia berjiwa masyarakat, mempunyai nilai moral tinggi dan beretika. 

Belia memerlukan kepimpinan dari kalangan mereka sendiri kerana mereka memahami cabaran dan aspirasi yang dihadapi oleh rakan sebaya. Melalui kepimpinan yang dibangunkan oleh belia, mereka dapat memberi inspirasi, motivasi dan pandangan yang relevan bagi satu sama lain.

Jika dahulu Nazurah hanya menganggap penglibatannya bersama 4PM hanyalah untuk mengisi masa lapangnya, kini 4PM merupakan sebahagian daripada keluarga buatnya. 

Belia Harapan Masa Depan Nusa dan Bangsa

Seperti Cik Nazurah, 4PM juga memberi saya pelbagai peluang membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Saya percaya bahawa golongan belia memainkan peranan tinggi dalam pembangunan dan kemajuan negara. Menerusi penglibatan saya dan rakan-rakan dalam merancang bersama program-program 4PM, saya melalui impak dua hala – bukan sahaja kita memberi malah kita juga meraih ilmu yang akan memberi manfaat kepada masyarakat. 

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam laporan The Straits Times pada 17 Jun 2022 menyatakan: “Salurkan semangat dan impian anda untuk menangani isu yang anda pedulikan secara mendalam. Setiap daripada anda mempunyai peranan penting untuk menulis bab seterus Singapura.”


Saya pasti para belia Singapura, tidak kira dari sekolah atau kelas sosioekonomi, berkemampuan untuk mencorak masa hadapan kita bersama. 

Penulis ahli Jawatankuasa Pentadbir, 4PM. Artikel ini ditulis sempena sambutan ulang tahun ke-75 Jubli Berlian 4PM yang diadakan di Hotel Ritz Carlton Millenia pada 11 Ogos 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >