Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Usahlah hanya ngadu takde 'mood' Raya...

May 13, 2021 | 05:30 AM



INGAT lagi tak 'amalan' jalan Raya kita tidak berapa lama dahulu, apabila kita beraya dengan rombongan satu bas dan lima kereta, menyerbu rumah saudara-mara hingga tengah malam, dan dengan pelan touch and go supaya dapat mengunjungi sebanyak rumah yang mungkin dalam sehari?



Tak mungkin kita tak ingat, kerana amalan sebegitu mungkin kali terakhir kita lakukan dua tahun lalu - kali terakhir kita menyambut Hari Raya seperti biasa, iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda dan mengubah semua yang indah tentang Raya.



Setelah tidak dapat berjalan Raya langsung tahun lalu, kita ghairah menantikan Aidilfitri kali ini, dengan harapan dapat kembali kunjung-mengunjung.



Sekurang-kurangnya kita harapkan bilangan tetamu yang boleh kita terima dapat ditambah. Kita juga berharap dapat mengunjungi lebih daripada dua rumah sehari.



Barulah semangat sikit nak jalan Raya.



Tetapi, peningkatan kes dalam masyarakat yang rasanya berlaku dalam sekelip mata menghendaki Singapura untuk kembali mengetatkan langkah pengurusan selamat.



Dari 8 hingga 30 Mei, bilangan pengunjung yang boleh diterima diturunkan ke lima sehari dan mereka yang ingin berjalan Raya pula hanya boleh mengunjungi dua rumah sahaja dalam satu hari.



Ramai yang kecewa dan mengeluh tak ada mood nak Raya.



Tetapi daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.



Daripada tidak dapat berjalan Raya langsung tahun lalu, sekurang-kurangnya tahun ini, dengan perancangan betul dan teliti, dapat juga kita mengunjungi saudara-mara yang telah lama tidak ditemui.



Dan mungkin juga Raya kali ini dapat membawa kita kembali ke tujuan asal amalan ziarah-menziarahi iaitu untuk merapatkan ukhuwah, dengan penuh adab, tertib dan kesopanan.



Had yang ditetapkan oleh pemerintah boleh kita manfaatkan sebaik mungkin dalam musim Raya norma baru ini.



Memandangkan setiap rumah mempunyai had bilangan tetamu yang boleh diterima sehari, ini bermakna kita perlu telefon dahulu dan minta kebenaran untuk datang beraya.



Inilah masanya kita meninggalkan kebiasaan kunjungan mengejut 'kita dah dekat depan pintu', kunjungan awal pagi, kunjungan lewat malam dan kunjungan paksa 'alah, kita datang sekejap je'.



Kalau tuan rumah kata mereka sudah memenuhi had lima tetamu, hormatilah mereka dan jangan memaksa mereka untuk turut melanggar undang-undang.



Kali ini, kita juga tidak dapat berjalan Raya dalam kumpulan besar melebihi lima orang, dan ini bermakna kita tidak boleh menyerbu rumah saudara-mara kita dan membebani tuan rumah dengan tekanan menyiapkan pelbagai juadah dan minuman untuk tetamu.



Dan memandangkan kita tidak boleh mengunjungi lebih daripada dua rumah sehari, ini bermakna kita ada banyak masa untuk diluangkan di setiap satu rumah itu.



Inilah masanya untuk kita bertanya khabar dengan ikhlas dan prihatin, dan mengambil tahu tentang perkembangan hidup atau sebarang cabaran yang saudara mara kita hadapi.



Kita tidak perlu tergopoh-gapah makan sambil berbual kerana tidak ada keluarga lain yang sedang menunggu giliran untuk duduk di meja.



Setelah selesai mengunjungi dua rumah sehari, kita mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga seisi rumah kita.



Kita boleh adakan sesi bergambar di rumah, menonton telefilem Hari Raya, bermain bunga api, atau sambung jalan Raya secara maya.



Kita 'kan dah biasa menggunakan wadah seperti panggilan video WhatsApp dan Zoom?



Tetapi dalam kita bergembira dapat kembali kunjung-mengunjung, kita perlu ingat yang jangkitan Covid-19 dalam masyarakat boleh menjadi lebih teruk kalau kita lalai dan mengambil sikap sambil lewa, dan pemerintah boleh mengumumkan sekatan lebih ketat.



Singapura kini kembali ke Fasa Dua pembukaannya, tetapi Menteri Kesihatan Gan Kim Yong telah berkata negara ini tidak menolak kemungkinan berlakunya pemutus rantaian jangkitan kedua.



Jadi selagi Raya masih 'on', sambutlah dengan berhati-hati dan patuhi langkah pengurusan selamat yang ditetapkan.



Selamat menyambut Hari Raya dengan selamat!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >