Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Warga memerlukan dibantu untuk dorong mereka 'bangkit kembali'

Jun 28, 2018 | 05:30 AM



SEMASA saya masih seorang siswazah tiga dekad lalu, saya mendapati bahawa kebajikan kepada golongan miskin adalah jaringan keselamatan sementara - ia adalah untuk membantu individu 'bangkit kembali'.



Pengajaran ini bersesuaian dengan diri saya. Semasa membesar, diet keluarga saya sering kali hanya nasi dan kicap soya sahaja. Pakaian dan buku diwarisi antara adik-beradik dari yang lebih tua kepada yang muda.



Katil saya adalah segulung tikar di koridor, kerana flat sewa 1-bilik kami terlalu kecil untuk menampung semua ahli keluarga.



Seperti kebanyakan keluarga ketika itu, kami susah. Tetapi ayah saya, seorang pekerja kolar biru yang menampung sembilan anak, mengajar saya nilai-nilai berdikari, kerja keras dan sokongan keluarga.



"Tidak ada jalan pintas untuk berjaya - hanya bekerja keras," beliau akan mengingatkan kami.



Pengalaman saya tidak unik. Ramai sezaman saya, yang kini mantap dalam kerjaya mereka, membesar dalam situasi mencabar yang sama.



Sebagai contoh, Profesor David Chan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), tinggal di sebuah flat HDB 1-bilik yang disewa di Bukit Merah dengan ibu bapanya dan tiga beradik selama 30 tahun pertama dalam hidupnya.



Beliau terpaksa bekerja sepenuh masa selama beberapa tahun untuk mengumpul wang bagi membayar pendidikan universiti seterusnya.



Ramai di antara kami melalui hidup dalam keadaan miskin selama bertahun-tahun, tetapi kami juga melalui perjalanan untuk mempertingkatkan diri dengan tekad dan kerja keras.



Oleh itu, kita dapat melihat perkara-perkara ini daripada perspektif orang-orang yang susah, dan juga tahu bahawa kehidupan mereka di Singapura boleh diperbaiki dan ditingkatkan.



Ini menjadi lebih jelas kepada saya selepas saya menamatkan pengajian sebagai pekerja sosial dan kemudian menjadi Anggota Parlimen (AP), kerana saya bekerja hampir setiap hari dengan keluarga yang memerlukan pelbagai bantuan.



Tetapi masa telah berubah, dan terdapat perbezaan yang nyata antara tahun-tahun saya membesar dahulu dan kini.



Hari ini, keluarga di flat sewa menerima lebih banyak bantuan. Bantuan kewangan, catuan makanan, pembersihan rumah dan mengecat rumah, menukar kepada lampu jimat tenaga, tuisyen percuma bagi anak mereka dan pelbagai jenis bantuan yang sedia ada dan selalu ditawarkan oleh pertubuhan dan individu.



Walaupun bantuan yang luas diberikan, beberapa pengulas mendakwa bahawa golongan miskin di Singapura, terutama mereka yang tinggal di flat sewa, mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi dan diabaikan.



Mereka mengatakan bahawa golongan miskin sedang dalam kesukaran kerana bantuan sering datang dengan keadaan yang membebankan; seperti ibu bapa yang tidak bekerja kerana mereka tidak dapat mencari penjagaan anak yang sesuai, dan mereka tidak layak untuk menerima subsidi penjagaan kanak-kanak kerana mereka tidak bekerja.



Tetapi fakta membantah tuntutan ini. Terdapat subsidi penjagaan kesihatan dan penjagaan kanak-kanak yang banyak disediakan kepada ibu-ibu dalam isi rumah berpendapatan rendah, termasuk mereka yang tidak bekerja.



Isi rumah berpendapatan rendah berhak mendapat subsidi dan boleh membayar sekurang-kurangnya $5 sebulan bagi khidmat penjagaan anak sepenuh hari.



Yuran bulanan yang rendah ini menjadikan perkhidmatan penjagaan anak-anak sepenuhnya mampu dimiliki walaupun kepada yang termiskin, dengan syarat ibu bapa sanggup membuat penyesuaian dan mengambil pekerjaan sepenuh masa, seperti ibu bapa berpendapatan rendah lain di Singapura.



Wang pembayar cukai tidak harus diberikan begitu sahaja, walaupun kepada yang memerlukan, tanpa mengharapkan para penerima untuk membantu diri mereka sendiri.



Pekerja sosial yang bekerja dengan isi rumah berpendapatan rendah setiap hari (kadangkala selama bertahun-tahun) mempunyai pemahaman baik tentang kesukaran yang mereka hadapi, dan cabaran dalam membantu mereka.



Ramai yang tahu bahawa mengenakan syarat-syarat tertentu kepada keluarga yang menerima subsidi membantu mereka membina kehidupan mereka, satu langkah pertama yang diperlukan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.



Titik yang berkaitan di sini adalah: dalam membuat kesimpulan mengenai golongan miskin di Singapura, kita perlu berhati-hati tentang menggunakan beberapa kes atau kumpulan tertentu secara umum tentang orang miskin, sistem, dan hasilnya.



Kita perlu melihat fakta dan memahami keadaan. Kita juga harus mengambil pengajaran daripada banyak keluarga yang memberi inspirasi dan telah bangkit semula kerana mereka mengambil langkah untuk menangani masalah mereka, bekerja keras, dan memanfaatkan bantuan yang mereka terima.



Jadi apa yang sebenarnya berlaku mengenai membantu keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat sewa? Biar saya gambarkan dengan projek kehidupan sebenar yang kami lakukan selama beberapa tahun.



'TANPA TEMPAT TINGGAL' DAN PENGHUNI RUMAH SEWA



Penghuni rumah sewa yang saya rujukkan ini, merupakan pemilik rumah sebelum ini. Mereka telah menjual flat mereka bagi pelbagai sebab dan menggunakan hasil tunai yang diraih.



Mereka kemudian menumpang di rumah keluarga atau rakan, atau menyewa bilik di pasaran terbuka, dan apabila mereka tidak lagi boleh menumpang di rumah teman dan keluarga atau kehabisan dana, mereka akhirnya tinggal di pantai dan taman-taman.



Mereka semua meminta flat sewa bersubsidi, walaupun kebanyakannya tidak layak.



Jadi sebagai langkah sementara, pemerintah memberi mereka tempat tinggal di bawah skim Perumahan Sewa Sementara (IRH).



Ia adalah sementara kerana pekerja sosial memerlukan masa untuk bekerja dengan mereka mengenai masalah asas yang lebih kompleks dan membuat mereka bersedia dengan rumah yang lebih kekal.



Jelas sekali, keluarga-keluarga ini mengalami masa yang sukar. Kami bersimpati terhadap mereka dan mengerahkan sumber-sumber masyarakat untuk membantu mereka - bantuan kewangan, pengawasan kerja rumah setiap malam bagi anak mereka oleh penduduk di kawasan kejiranan, bantuan pekerjaan, sokongan keibubapaan, kaunseling dan sebagainya.



Dalam tempoh lima tahun, kami membantu 1,180 keluarga dalam program IRH. Sejumlah 84 peratus daripada mereka adalah bekas pemilik rumah, dan daripada ini, hampir dua pertiga (64 peratus) telah menerima hasil lebih daripada $100,000 daripada penjualan flat terakhir mereka.



Ini bermakna, mereka sebelum ini mempunyai pekerjaan untuk membayar rumah mereka, dan mereka berpotensi memiliki flat lagi.



Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, kami membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru.



Kami membantu meletakkan anak mereka di pusat penjagaan kanak-kanak dengan subsidi yang besar untuk membolehkan ibu bapa bekerja. Syarat dikenakan.



Pekerjaan adalah syarat pertama kerana dengan pekerjaan, mereka dapat memperolehi pinjaman untuk membeli rumah lagi.



Proses bantuan ini tidak mudah. Sesetengah keluarga, dengan ibu bapa dan kanak-kanak dewasa tidak bekerja, akan merasa kecewa apabila isu pekerjaan dibincangkan.



Ada yang tidak berpuas hati apabila pekerja sosial bertanya berapa banyak yang mereka belanjakan kepada perkara-perkara yang tidak diperlukan.



Apa yang melanda pekerja sosial adalah bahawa dalam sesetengah keluarga, anak muda bertanya pekerja sosial kami mengapa ibu bapa mereka tidak dapat memberi mereka wang saku, sedangkan mereka boleh membeli rokok dan alkohol.



Malangnya, sesetengah keluarga menjadi kasar dan mengancam pekerja sosial apabila bantuan yang diberikan tidak memenuhi harapan mereka. Namun pekerja sosial tetap gigih.



Hasilnya tetap jelas dan positif - hampir separuh daripada keluarga berjaya membeli rumah baru dan berpindah, dan berasa bangga bahawa mereka dapat menjadi pemilik rumah lagi.



Pengalaman kami dalam program IRH bukan unik. Seluruh Singapura, terdapat banyak contoh masyarakat yang datang bersama untuk membantu mereka yang memerlukan.



Program pencegahan, seperti 'Kanak-kanak 0-3' oleh Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK dan rakan-rakan masyarakatnya, membantu ibu hamil muda yang susah sehingga anak mereka mencapai usia tiga tahun untuk memberi anak ini permulaan yang kuat dalam kehidupan.



Dari pengalaman saya selama 25 tahun, saya mendapati bahawa keluarga yang berbeza bertindak kepada keadaan kehidupan yang berbeza, membuahkan hasil yang berbeza, walaupun mereka ditawarkan bantuan sama.



Apa yang membezakan keluarga ini adalah kesediaan mereka untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka.



Keluarga yang tinggal di flat sewa di tempat lain mempunyai potensi sama untuk memperbaiki kehidupan mereka, termasuk yang ditemubual Profesor Madya Teo You Yenn, yang membuat kesimpulan, daripada penyelidikannya, bahawa keluarga menjadi atau kekal miskin kerana sistem kami merugikan mereka. Saya tidak bersetuju.



Saya percaya, seperti keluarga lain di Singapura, responden kajian ini juga mempunyai harapan dan impian, dan mereka juga menghargai nilai kerja, dapat memperoleh keyakinan diri dan berdikari dan mencapai aspirasi mereka. Apa yang mereka perlukan adalah bantuan dan intervensi yang berstruktur.



Bantuan yang datang dengan perhubungan yang jujur, menghormati dan memberi mereka keyakinan diri dan harapan, dan membuat mereka menyedari bahawa mereka harus melakukan bahagian mereka.



Ini adalah apa yang dilakukan pekerja sosial, pemerintah dan masyarakat, dan akan terus melakukannya sambil melakukan dengan lebih baik.



MAKNA SEBENAR MEMBANTU KELUARGA



Isu asas dalam membantu golongan miskin ialah definisi keperluan asas. Kebanyakan akan bersetuju bahawa kemiskinan adalah mutlak apabila seseorang tidak mempunyai akses kepada perlindungan, air bersih, elektrik, makanan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang berpatutan.



Ini diterima di peringkat antarabangsa sebagai keperluan asas. Di Singapura, keperluan asas ini dipenuhi bagi hampir semua orang, termasuk kebanyakan keluarga yang tinggal di rumah sewa.



Hakikatnya, hampir 50 peratus penyewa flat sewa pernah memiliki flat (bersubsidi) yang lebih besar, tetapi telah menjualnya dan menggunakan hasil tunai.



Ini bermakna bahawa walaupun mereka mungkin di bawah pada hari ini, mereka berada di atas sebelum ini dan pastinya akan bangkit semula esok.



Jika kita menyifatkan punca kemiskinan mereka terhadap sistem, kita perlu ambil perhatian bahawa sistem sama yang 'merugikan' mereka hari ini juga telah 'menguntungkan' mereka semalam. Malah, sistem itu tidak merugikan mereka.



Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu keluarga, program Skim Perumahan Permulaan Baru atau Fresh Start diperkenalkan tahun lepas untuk membantu penyewa flat sewa yang telah memiliki rumah flat sebelum ini, memiliki rumah mereka semula.



Kami menyediakan sokongan sosial dan geran untuk membimbing dan memberi insentif kepada keluarga ini, memberi mereka harapan.



Dan ya, ada syarat yang harus dipenuhi, sebagai syarat membantu keluarga membuat kemajuan, dan memastikan wang pembayar cukai dibelanjakan secara berkesan dan bertanggungjawab untuk membantu golongan miskin.



Kami mempunyai jumlah keluarga susah yang jauh lebih rendah di Singapura hari ini daripada pada masa lalu, dan mereka menerima bantuan dalam ekosistem yang berfungsi dengan baik dalam mana-mana piawai.



Kita perlu terus memperbaiki sistem dan memastikan semua keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan mendapat bantuan yang mencukupi.



Sama pentingnya, kita perlu memahami keadaan sebenar keluarga ini dari masa ke masa. Pemahaman ini bermula dengan fakta objektif dan penerangan yang tepat.



Asas kepada falsafah pendekatan yang diambil oleh Singapura untuk membantu keluarga-keluarga ini adalah untuk memastikan mereka boleh kembali berdiri sendiri, yang melibatkan sumber-sumber, dan membangun rasa tanggungjawab dan penyelesaian mereka. Inilah yang bantuan keluarga yang sebenar.



  • Penulis Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Southeast. Ijazah kedoktorannya dalam kerja sosial. Artikel ini disiarkan di akhbar The Straits Times semalam.


"Kami menyediakan sokongan sosial dan geran untuk membimbing dan memberi insentif kepada keluarga ini, memberi mereka harapan.

Dan ya, ada syarat yang harus dipenuhi, sebagai syarat membantu keluarga membuat kemajuan, dan memastikan wang pembayar cukai dibelanjakan secara berkesan dan bertanggungjawab untuk membantu golongan miskin.

Kami mempunyai jumlah keluarga susah yang jauh lebih rendah di Singapura hari ini daripada pada masa lalu, dan mereka menerima bantuan dalam ekosistem yang berfungsi dengan baik dalam mana-mana piawai."


- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >