Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gaza kian dihimpit kebuluran, PBB undi resolusi gencatan senjata segera

Dec 12, 2023 | 04:39 PM



KAHIRAH/BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Masalah kebuluran semakin memburuk di kalangan rakyat Palestin di Jaluran Gaza yang dikepung, kata agensi bantuan, ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia untuk mengundi pada 12 Disember mengenai gencatan senjata kemanusiaan segera dalam konflik dua bulan antara Israel dengan Hamas.


Beratus-ratus lagi orang awam telah terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya pada 8 Disember untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan yang menggesa gencatan senjata.

Kebanyakan 2.3 juta penduduk Gaza telah melarikan diri dan mendakwa adalah mustahil untuk mencari perlindungan atau makanan di kawasan pinggir pantai yang padat dengan penduduk.

Program Makanan Sedunia PBB melahirkan keprihatinannya dengan masalah ini.

“Kebuluran menghantui semua orang,” kata UNRWA, badan PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin, menerusi media sosial X.


Penduduk Gaza berkata orang ramai yang terpaksa melarikan diri, berulang kali dilanda kelaparan dan kesejukan serta pengeboman.

Menurut mereka, trak bantuan sering menjadi mangsa rompakan dan harga makanan naik mendadak.

Israel berkata arahannya kepada orang ramai untuk berpindah adalah antara langkah yang diambilnya untuk melindungi golongan ini sedang ia cuba menumpaskan militan Hamas yang membunuh 1,200 orang dan menahan 240 orang sebagai tebusan dalam serangan rentas sempadan ke atas Israel pada 7 Oktober.

Kira-kira 100 tebusan Israel telah dibebaskan sejauh ini.

Serangan balas Israel pula telah membunuh lebih 18,000 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 50,000, menurut kementerian kesihatan Gaza.

Perhimpunan Agung melibatkan 193 anggota berkemungkinan berlangsung pada 12 Disember untuk meluluskan draf resolusi yang mencerminkan penggunaan bahasa yang disekat oleh Amerika dalam mesyuarat 15 anggota Majlis Keselamatan minggu lepas.

Resolusi Perhimpunan Agung tidak mengikat tetapi mempunyai kesan politik dan mencerminkan pandangan global.

Beberapa diplomat dan pemerhati meramalkan undian akan mendapat sokongan yang lebih besar daripada gesaan perhimpunan Oktober untuk “gencatan senjata kemanusiaan segera, tahan lama dan berterusan”.

Undian itu dibuat sehari selepas 12 utusan Majlis Keselamatan melawat bahagian Mesir di sempadan Rafah yang melintasi Gaza, satu-satunya laluan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan bahan api terhad.

Amerika tidak menghantar wakil dalam lawatan itu.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, yang telah mengharungi kritikan sengit atas sokongannya terhadap tindak balas Israel terhadap serangan 7 Oktober, memberitahu Rumah Putih bahawa komitmennya kepada Israel tetap tidak berubah.

“Kawan-kawan, sekiranya tidak ada Israel, tidak akan ada orang Yahudi di dunia yang selamat,” kata Encik Biden. Beliau juga merujuk kepada hubungan kompleksnya dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, yang menurutnya berada dalam “tempat yang sukar”.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, memberitahu pemberita pada 11 Disember bahawa Israel tidak terkecuali daripada dasar negaranya – mana-mana negara yang menerima bekalan senjatanya mesti mematuhi undang-undang perang selepas Washington menjual kira-kira 14,000 peluru kereta kebal kepada Israel tanpa semakan Kongres.

“Kami memantau semua yang berlaku dalam konflik ini,” kata Encik Miller. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >