Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kelebihan sebagai artis bukan jaminan menang: Altimet

Jul 29, 2023 | 01:45 PM



Pengalaman pertama menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bukanlah satu pelayaran mudah buat penyanyi dan komposer, Altimet, namun cabaran mengujakan itu disahut dengan janji akan bekerja keras buat rakyat.

Walaupun diulit populariti sebagai artis terkenal, pemilik nama sebenar Syed Ahmad Abdul Rahman, 45 tahun, ini tidak melihat kelebihan itu sebagai tiket atau batu loncatan bagi beliau dengan mudah menambat hati pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang ditandinginya.

Sebaliknya figura yang terkenal dengan lagu Amboi dan Sang Saka Biru ini – yang bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) – percaya masyarakat akan menilai kredibiliti, kualiti kepimpinan, kerja keras dan kesungguhan setiap calon untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.


“Biarpun saya dikenali sebagai artis, saya tetap perlu bekerja keras untuk menambat hati pengundi melalui kualiti kerja dan kepimpinan yang ada dalam diri kerana pemilih hari ini termasuklah golongan muda sudah bijak menilai.

“Saya yakin boleh memenangi kerusi DUN Lembah Jaya, tetapi tidak akan sesekali memandang rendah kemampuan pihak lawan. Sebab itu saya perlu kerja keras,” katanya kepada Berita Harian (BH).


Selesai proses penamaan calon pada Sabtu, Altimet berkata beliau kini membuat persediaan mental dan fizikal.

“Sebelum penamaan calon pun saya sudah balik lewat malam dan keluar awal pagi untuk bertemu ramai orang bagi mendapatkan pelbagai input secara terus mengenai apa yang boleh diperbaiki untuk Lembah Jaya,” katanya yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Menurut Altimet, jujurnya beliau tidak menyangka kesediaan untuk terbabit secara serius dalam politik yang disuarakan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan.

“Sebelum ini saya pernah bisik pada Datuk Anwar saya sedia jadi calon, tetapi tidak sangka beliau ambil serius dan memberi kepercayaan.

“Alhamdulillah sekurang-kurangnya selain menabur bakti kepada penduduk Lembah Jaya, saya juga dapat mewakili kelompok dan suara industri seni dan hiburan juga,” katanya yang berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia.

Pesaing beliau adalah calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat Parti Islam SeMalaysia (PAS), Sharifah Haslizah Syed Ariffin. – HANNEEYZAH BAHARIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >