Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia siasat dakwaan berlakunya manipulasi bekalan beras tempatan

Oct 02, 2023 | 05:08 PM



KUALA LUMPUR: Sama ada benar atau tidak pengilang memanipulasi bekalan beras tempatan dengan menukar kampit kepada beras import bakal terjawab selepas Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjalankan analisis kimia ke atas sampel stok beras di pasaran.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata analisis kimia itu akan membabitkan sampel stok beras di setiap premis dalam rantaian industri bekalan barangan itu.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti ketulenan jenis beras yang dijual di pasaran, sekali gus meneliti kemungkinan berlaku aspek manipulasi bekalan barangan berkenaan.

“Sampel beras itu akan diambil menerusi Ops Bersepadu membabitkan penguat kuasa pelbagai kementerian yang akan diketuai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Encik Chan Foon Hin, bermula esok,” katanya seperti dilapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin.


Dalam sidang media khas pada Isnin, Datuk Mohamad berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang dikenal pasti melakukan aktiviti menukar kampit, mencampurkan beras putih tempatan (BPT) dengan beras putih import (BPI) mahupun menyorok bekalan barangan berkenaan.

“Malah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) sudah diarah untuk meningkatkan pengedaran BPT ke luar bandar, termasuk ke kedai runcit, selain kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kerana margin jualan BPT hanya 50 sen bagi kampit 10 kilogram (kg).

“Selain itu, semua perolehan pembekalan beras putih di bawah kontrak kerajaan akan menggunakan BPI dengan pembekal boleh mendapatkan bekalan pada harga borong RM3,200 (harga pintu gudang), tertakluk kepada syarat dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, rakyat Malaysia berdepan isu kekurangan beras tempatan di pasaran yang didakwa lesap secara tiba-tiba, sehingga menyebabkan mereka tiada pilihan lalu terpaksa memilih beras import yang lebih mahal.

Satu video tular yang menunjukkan sekumpulan pekerja syarikat pengilang beras mengoyakkan bungkusan beras menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat mengenai kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab menukar kampit beras tempatan kepada beras import dan menyorok bekalan beras tempatan daripada dijual, semata-mata untuk mengaut lebih keuntungan.

Datuk Mohamad sebelum ini dilapor berkata pihaknya mengesyaki wujud tindakan memanipulasi bekalan beras putih tempatan dengan menukar bungkusannya kepada kampit beras import.

Katanya, tindakan itu dipercayai dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan mudah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >