Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peniaga harus suntik amalan kemampanan, pendigitalan agar berdaya saing

Rahayu galak demikian di sesi dialog ‘Dewan Connect’ DPPMS
Sep 21, 2023 | 03:43 PM



Para peniaga harus mengamalkan pendigitalan dan inovasi dalam operasi perniagaan mereka untuk mempertingkatkan daya kecekapan dan produktiviti, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.

Bercakap di Dewan Connect, sebuah sesi rangkaian perniagaan pada Rabu anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Rahayu turut menyeru perniagaan supaya menyuntik amalan kemampanan bagi memastikan perniagaan mereka kekal berdaya saing, berdaya tahan dan kurang bergantung kepada karbon pada masa hadapan.


“Konteks operasi di seluruh dunia sedang berubah apabila pemerintah melaksanakan dasar untuk menyahkarbon ekonomi mereka.

“Di Singapura, Bursa Singapura (SGX) memerlukan semua syarikat tersenarai Singapura menyatakan pendedahan berkaitan iklim ke dalam laporan kemampanan mereka sejak tahun kewangan 2022.

“Menggabungkan kemampanan ke dalam amalan perniagaan meningkatkan reputasi dan daya saing. Hari ini, pengguna dan pelabur semakin maklum mengutamakan produk dan perkhidmatan yang mampan,” kata Cik Rahayu.

Beliau disertai anggota panel Encik Eugene Yeo, Timbalan Pengarah Ekonomi Putaran & Kemampanan di Enterprise SG; dan Encik Heikal Yousope, Ketua Pegawai Perniagaan Kowabunga! Global Pte Ltd, sebuah syarikat yang pakar dalam pendidikan untuk pembangunan mampan.

Dialog itu dihadiri kira-kira 40 pemimpin perniagaan daripada pelbagai industri tempatan termasuk sektor kewangan, teknologi, makanan dan minuman serta kecergasan.

Isu utama yang dibincangkan termasuk pelepasan sifar bersih, neutral karbon, sisa sifar, perlindungan pantai dan banjir serta keselamatan makanan.

Semasa dialog itu, para peserta turut membincang bagaimana perniagaan yang mengamalkan kemampanan boleh meraih faedah jangka panjang, meneroka strategi untuk mengharmonikan keuntungan dengan kemampanan dan berkongsi pandangan bagaimana perniagaan dari rumah boleh menyepadukan kemampanan dengan mudah ke dalam operasi harian mereka.

“Kami gembira dengan maklumat yang dikongsi, terutamanya mengenai geran yang tersedia yang boleh diakses oleh kami sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).

“Pengetahuan ini amat berfaedah untuk perniagaan kami,” kata Cik Nasyitah Yassin, seorang peserta program Protégé Kita DPPMS yang menyertai dialog tersebut.

Seorang lagi peserta, Cik Far’ain Jaafar, berkata dialog tersebut memberi peluang kepada perniagaan meneroka pendekatan baru untuk mengamalkan kemampanan dalam operasi mereka.

“Kami akan fikirkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti bahan dan proses dalam perniagaan.... dan ikut langkah yang boleh meningkatkan kesan positif,” kata Cik Far’ain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >