Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

5,648 lokasi panas banjir, Zahid arah penduduk waspada bencana

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

5,648 lokasi panas banjir, Zahid arah penduduk waspada bencana

Nov 20, 2023 | 01:25 PM



ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 5,648 ‘lokasi panas’ (hotspot) banjir yang sudah dikenal pasti dengan sejumlah 259 adalah lokasi panas banjir di Kedah.


Beberapa lokasi di Perak, Terengganu dan Kedah sudah mulai dilanda banjir dan susulan itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa semua penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata penduduk di kawasan berisiko banjir perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya susulan amaran hujan lebat tahap buruk dijangka melanda Terengganu dan Kelantan hingga Selasa.

“Saya berdoa dan berharap agar keadaan banjir ini dapat dielakkan dan penduduk terhindar dari musibah kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda,” katanya menerusi hantaran di Facebook lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin.


Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata pihaknya mewujudkan Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut (MTL) mengikut zon, sebagai persiapan menghadapi banjir di seluruh negara.

Beliau berkata pasukan itu dilengkapi pelbagai aset khas dan ditempatkan mengikut zon Utara, Selatan, Timur dan Borneo.

Sebagai contoh beliau berkata pasukan bagi Zon Pantai Timur ditempatkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Terengganu, manakala pasukan zon selatan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Johor.

Katanya, bagi zon utara pula, pasukan terbabit akan ditempatkan di Pangkalan Udara JBPM di Bertam, Pulau Pinang, manakala di Borneo, mereka ditempatkan di Miri, Sarawak.

“Kumpulan ini sentiasa bersiap siaga dengan segala aset khas dan akan terus digerakkan ke lokasi bagi memberi bantuan di kawasan terbabit banjir.

“Mereka sudah dipersiapkan bagi membantu pemindahan mangsa yang terkepung akibat banjir selain menghantar bekalan makanan ke lokasi diperlukan, khususnya di pedalaman.

“Selain itu JBPM juga menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak kami tidak hanya akan membantu pesakit ke hospital jika berlaku kecemasan, malah bersedia membawa doktor atau jururawat ke lokasi diperlukan,” katanya lapor BHM pada Ahad.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sijil 30 Tahun JBPM Kedah di Ibu Pejabat JBPM Kedah di Jalan Suka Menanti, pada Ahad.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Wahab berkata kaedah pengezonan itu memberi kelebihan kepada pasukan penyelamat bagi membolehkan bantuan tambahan dihantar secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >