Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Banjir Pantai Timur kian pulih, 1,500 mangsa pulang ke rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir Pantai Timur kian pulih, 1,500 mangsa pulang ke rumah

Nov 23, 2023 | 03:03 PM



Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih apabila lebih 1,500 mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, setakat 12 tengah hari Khamis.

Berdasarkan semakan di Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri berkenaan berkurangan kepada 3,538 mangsa daripada 940 keluarga di 32 PPS.

Jumlah itu berkurang berbanding 5,071 mangsa di 32 PPS di Terengganu dan Kelantan pada Rabu.

Bagaimanapun, Kelantan menyaksikan pertambahan satu daerah dilanda banjir iaitu Pasir Mas, berbanding hanya tiga yang terbabit setakat Rabu iaitu Pasir Putih, Bachok dan Machang.

Walaupun ada pertambahan kawasan terjejas, jumlah mangsa sedikit merosot kepada 390 orang pada Khamis, berbanding 409 mangsa pada Rabu, berikutan segelintir yang sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Sementara itu, banjir di Perak sudah pulih sepenuhnya dengan 39 mangsa terakhir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di Kerian, sudah dibenarkan pulang pada Rabu petang.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu yang dibuka 30 Oktober lalu ditutup secara rasmi 2 petang pada Khamis.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan telah memastikan persediaan awal seperti perancangan Prosedur Operasi Standard (SOP) menyelamat dilakukan sebaiknya.

Dalam hantaran di laman Facebook beliau pada Khamis, pihaknya turut mengharapkan kerjasama semua agensi kerajaan untuk digembleng secara berkesan dalam pelaksanaan segala langkah keselamatan.

“Saya yakin dengan penyelarasan baik, kita dapat mengurangkan kesan atau dampak negatif daripada bencana ini.

“Dalam menghadapi ancaman banjir yang diakibatkan oleh perubahan monsun, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya yang berada di kawasan yang terdedah kepada bencana banjir agar bersedia dan bersiap siaga di dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya juga mengingatkan sekali lagi agar rakyat khususnya di Kemaman, Terengganu, yang akan berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2 Disember ini, untuk terus mematuhi arahan dan petunjuk yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan dan mengutamakan keselamatan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >