Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 6)

Asas-Asas CPF

Tiga cara anda boleh membantu orang tersayang untuk bersara dengan fikiran lebih tenang
Mar 10, 2017 | 11:14 AM



Selain bekerja keras untuk keperluan keluarga, anda juga boleh membantu orang tersayang menikmati usia senja dengan fikiran yang lebih tenang dengan mengembangkan simpanan CPF mereka. Dengan lebih banyak simpanan CPF, mereka juga boleh meraih manfaat dengan menyertai CPF LIFE dan mendapat pembayaran persaraan mereka sepanjang hayat. 



1. Memindahkan simpanan CPF anda kepada pasangan anda



Anda boleh memindahkan simpanan CPF anda yang melebihi Jumlah Persaraan Asas kepada pasangan anda.



2. Memindahkan simpanan CPF anda kepada ibu bapa dan orang tersayang  



Anda boleh memindahkan simpanan CPF anda yang melebihi Jumlah Persaraan Penuh kepada ibu bapa dan orang tersayang.



3. Mencarum wang tunai kepada orang tersayang



Anda boleh mencarum wang tunai kepada orang tersayang seperti pasangan atau ibu bapa. Anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setahun bagi caruman wang tunai kepada diri sendiri dan juga sehingga $7,000 setahun bagi caruman wang tunai kepada orang tersayang.



Pemindahan CPF atau caruman wang tunai anda akan disalurkan ke Akaun Khas orang tersayang (jika mereka berusia 55 tahun ke bawah) atau Akaun Persaraan (jika mereka berusia 55 tahun ke atas).



Simpanan dalam Akaun Khas dan Akau Persaraan akan meraih faedah bebas risiko sebanyak 4% setahun. Dengan kuasa faedah kompaun, setiap dolar dalam Akaun Khas atau Akaun Persaraan akan meningkat lebih seganda dalam 20 tahun. Contohnya, setiap $1,000 akan berkembang kepada sekurang-kurangnya $2,100 dalam 20 tahun.


Tambahan lagi, $60,000 pertama dalam baki simpanan CPF seseorang anggota akan meraih faedah sebanyak 1%. Mereka yang berusia 55 tahun ke atas juga mendapat tambahan faedah 1% bagi $30,000 pertama daripada simpanan CPF. Justeru, anggota CPF yang berusia 55 tahun ke atas akan meraih faedah setinggi 6% setahun untuk baki persaraan mereka. Baki simpanan ini termasuk $20,000 daripada Akaun Biasa.



Apabila anda mencarum pada awal tahun berbanding akhir tahun, anda akan meraih lebih banyak faedah dengan peredaran masa.



Perhatian: Pemindahan CPF dan caruman wang tunai tertakluk kepada syarat dan peraturan.




SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI

 





SOALAN:  Pasangan atau ibu bapa saya mempunyai simpanan CPF yang sedikit. Bagaimanakah mereka boleh meraih manfaat daripada pemindahan atau caruman wang ini?



JAWAPAN: Orang kesayangan anda boleh meraih manfaat dengan cara berikut:



Jika mereka berusia 55 tahun ke atas, pemindahan tersebut akan disalurkan ke Akaun Persaraan dan mereka boleh menikmati faedah sehingga 6% bagi $30,000* pertama daripada simpanan CPF mereka. Jika mereka berusia 55 tahun ke bawah, pemindahan tersebut akan disalurkan ke Akaun Khas dan mereka boleh menikmati faedah sehingga 5% bagi $60,000* pertama daripada simpanan CPF. (*$20,000 adalah daripada Akaun Biasa).


Dengan lebih banyak simpanan CPF, mereka boleh menyertai CPF LIFE dan mendapat aliran pendapatan persaraan sepanjang hayat.





SOALAN: Bagaimana saya boleh membuat pemindahan atau caruman ini?



JAWAPAN: Anda boleh membuat pemindahan CPF atau caruman wang tunai dengan cara berikut:


1. Talian: kunjungi www.cpf.gov.sg dan log masuk (log in) dengan Singpass anda à my Requests à “Building up my/my recipients’ CPF savings” (untuk caruman wang tunai dan pemindahan CPF)



2. Stesen AXS: di mana-mana stesen AXS (untuk caruman wang tunai sahaja)


3. Cek: muat turun borang daripada https://www.cpf.gov.sg/Assets/members/Documents/Form_RSSTP.pdf dan poskan cek berserta borangnya



4. GIRO: melalui GIRO bulanan atau tahunan (untuk caruman wang tunai sahaja)



SERTAI KUIZ KAMI! 

10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!



Soalan Peraduan:

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu pasangan atau ibu bapa saya mengembangkan simpanan CPF mereka? 

A Memindahkan simpanan CPF anda kepada mereka
B Mencarum wang tunai kepada mereka 
C Kedua-dua A dan B



Hantarkan jawapan anda ke contest.sph.com.sg/cpf6 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF6 Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 19 Mac 2017.



Terma dan Syarat: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 21 April 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.



Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)



Sila klik Siri 1Siri 2Siri 3Siri 4 dan Siri 5 untuk Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >