Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon tidak harus menang tanpa bertanding dalam pilihan raya presiden: George Goh

Jun 13, 2023 | 06:35 PM



Rakyat Singapura mesti diberi peluang mengundi dalam pilihan raya presiden yang akan datang ini, kata usahawan George Goh selepas mengambil borang permohonan Sijil Kelayakan untuk bertanding di Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Selasa.

Bercakap kepada media, Encik Goh, pengerusi Ossia International, syarikat pengedar dan peruncit barangan pengguna, menegaskan beliau mahu ada pertandingan dalam pilihan raya presiden kali ini.

“Jika anda lihat pada lima pilihan raya presiden yang lalu, tiga dimenangi dengan keputusan menang tanpa bertanding. Saya rasa warga Singapura layak mengundi Presiden mereka, oleh itu, saya tampil sebagai calon,” kata Encik Goh, 63 tahun.

Beliau membuat keputusan pada 2017 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden setelah syarat kelayakan bagi calon sektor swasta dipertingkat daripada syarikat yang mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya $100 juta kepada syarikat yang mempunyai ekuiti saham sekurang-kurangnya $500 juta.

Ini kerana beliau bimbang syarat lebih ketat itu mungkin membawa kepada satu lagi pilihan raya yang dimenangi tanpa bertanding, sama seperti pilihan raya presiden pada 2017.

Encik Goh tiba di ELD sekitar 10 pagi ditemani isterinya, Cik Lysa Sumali, dan empat anaknya.

Sekitar 50 penyokong beliau, yang berbaju merah, tiba setengah jam lebih awal. Antara mereka ialah Drs Bahri Rajib, seorang pesara guru Bahasa Melayu berusia 72 tahun, yang mengajar Encik Goh bahasa Melayu hampir setahun.

“George mahu belajar bahasa Melayu kerana beliau kagum dengan kebolehan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan mahu mengikut jejaknya.

“Dua bulan lalu, beliau memberitahu saya yang beliau bercita-cita menjadi Presiden dan sebab itulah saya berada di sini untuk menyokongnya.

“Saya yakin akan keupayaan beliau kerana seorang Presiden hanya perlu menjaga rizab negara, tetapi George sudah biasa mengurus perniagaannya yang meliputi 14 negara dan saya rasa itu lebih payah,” kata Drs Bahri.

Pada Isnin, Encik Goh mengumumkan hasratnya bertanding dalam pilihan raya presiden kali ini melalui satu kenyataan media, menjadikan beliau bakal calon kedua berbuat demikian.

Encik Goh juga berkata beliau telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai duta ke Maghribi – jawatan yang dipegangnya sejak 2017 – untuk bertanding sebagai calon bebas.

Encik Goh yakin beliau akan memenuhi syarat kelayakan bertanding dan telah mengumpulkan sebuah pasukan profesional, termasuk juruaudit, akauntan dan peguam, untuk menentukan kelayakannya.

Orang yang mungkin menandingi beliau ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang mengumumkan pada 8 Jun bahawa beliau akan meletak jawatan daripada pemerintah dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) paa 7 Julai untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >