Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma permainan Razer dikatakan alami pelanggaran data

Jul 10, 2023 | 06:20 PM



Syarikat perkakasan permainan Razer dikatakan mengalami pelanggaran data, selepas seorang penjual di sebuah forum penggodam menawarkan data yang dicuri pada harga AS$100,000 ($134,898) dalam mata wang kripto pada Sabtu.

Firma itu dalam satu kiriman Twitter pada Isnin berkata ia sedar tentang kemungkinan berlaku pelanggaran dan sedang menyiasat.

Menurut The Straits Times (ST), data yang dijual termasuk kod sumber dan butiran log masuk akses bahagian belakang untuk laman web Razer dan produknya.


Ini termasuk folder berlabel ‘zVault’ – merujuk kepada dompet digital Razer yang dilancarkan pada Mac 2017 dan kemudiannya memberi laluan kepada Razer Gold pada Disember 2018 – serta folder yang dikatakan mengandungi kunci penyulitan dan fail berkaitan dengan sistem ganjarannya.

Sampel yang dilihat oleh ST juga menunjukkan alamat e-mel yang dikatakan milik pelanggan dengan kredit maya dalam akaun Razer Gold. Penjual itu mendakwa mempunyai 404,000 akaun, tetapi ini tidak dapat disahkan.

Di forum penggodam, penjual itu berkata dia akan menjual data itu kepada hanya seorang pelanggan dengan harga yang diminta sebanyak AS$100,000 dalam mata wang kripto Monero.

Bagaimanapun, dia menambah akan terbuka kepada tawaran lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan.

Tidak seperti mata wang kripto lain seperti Bitcoin atau Ethereum, di mana maklumat mengenai urus niaga terbuka kepada awam kerana ia berlaku di rantaian blok, urus niaga di Monero adalah sulit, menurut laman web mata wang kripto itu.

Nama pengguna mata wang kripto biasanya tidak diketahui, dan maklumat tentang urus niaga disembunyikan, menjadikannya lebih sukar untuk melihat dompet yang menghantar atau menerima wang tersebut.

ST telah menghubungi Razer untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk sama ada maklumat peribadi pelanggan, seperti butiran kad kredit mereka, telah dicuri, dan jika pelanggaran data ini berkait dengan yang dialami oleh firma setempat itu pada 2020.

Dalam pelanggaran pada 2020, maklumat peribadi dan penghantaran sekitar 100,000 pelanggan Razer di seluruh dunia telah dibocorkan kerana salah tatarajah pelayan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >