Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan MOE ke Denmark, Finland diharap suntik semangat baru: Maliki

Oct 12, 2023 | 10:43 PM



Lawatan delegasi Kementerian Pendidikan (MOE) ke Finland dan Denmark diharap dapat menyuntik semangat baru dalam diri pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik, supaya mereka boleh mempelajari kurikulum baru dalam sektor tenaga baru dan mampan.

Demikian harapan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang mengetuai delegasi tersebut dari 4 hingga 10 Oktober.

Dalam satu rakaman video yang dikongsi bersama Berita Harian, Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), berkata tujuan lawatan itu adalah untuk mempelajari daripada pengalaman Denmark dan Finland dalam aspek pendidikan.


Di Denmark, delegasi Dr Maliki melawat Topsoe, sebuah syarikat yang pakar dalam teknologi pengurangan pelepasan karbon. Ia mengeluarkan bahan baru untuk digunakan dalam penghasilan hidrogen hijau.

“Hidrogen hijau merupakan sumber tenaga baru yang Singapura ingin pelajari supaya pelajar Singapura dapat diberi kemahiran baru untuk industri tenaga baru,” jelas Dr Maliki.

Beliau menambah delegasinya turut mempelajari konsep keterangkuman yang diterapkan dalam sekolah-sekolah di Denmark dan Finland supaya pelajar Keperluan Pendidikan Khas (Sen) digandingkan bersama pelajar-pelajar lain.

“Kita lihat daripada awal lagi anak-anak istimewa ini disatukan dengan anak-anak yang tidak mempunyai keistimewaan (khas), dan ini menunjukkan bahawa sekolah-sekolah itu begitu prihatin terhadap pembangunan awal pelajar mereka supaya mereka dapat mengasuh potensi anak-anak ini walaupun mereka mempunyai keperluan khas,” ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >